• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

GoPro Hero7 Implimentasikan Sesuatu Yang Jijik Pada Kameranya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:39 am
  • 21/09/2018
  • Komen
GoPro Hero7 Implimentasikan Sesuatu Yang Jijik Pada Kameranya
Share on FacebookShare on Twitter

GoPro telah mengemas kini penawaran kamera aksi mereka dengan melancarkan tiga GoPro Hero7 dalam pelbagai variasi untuk disuaikan dengan bajet anda. Tiga ahli baru Hero7 yang diperkenal adalah:

  • Hero7 Black
  • Hero7 Silver
  • Hero7 White

Seperti lazimnya, Hero7 Black adalah yang paling atas dalam kalangan ketiga-tiganya dan menerima beberapa penambahbaikan berbanding Hero6 beserta 4 ciri unik yang pertama kalinya diperkenalkan dalam produk mereka.



Antara yang unik adalah:

  • Teknologi HyperSmooth yang, jika anda menonton video iklan mereka, nyata lebih baik berbanding penstabil imej elektronik yang digunakan mereka selama ini.
  • Fungsi SuperPhoto akan mengambil gambar HDR dan terus memprosesnya in-situ tanpa perlu memindahkan ke telefon
  • Kini anda boleh melakukan livestream menggunakan kamera itu.

Pada segi keupyaan video, ia masih mengekalkan keupayaan video seperti Hero6 Black. Kini, slow-mo 120fps pula kini mampu ditanggung pada resolusi 2.7K manakala 1080p pula boleh merakam sehingga 240fps.



Komponen-komponen yang dikekalkan seperti model generasi lalu adalah seperti:

  • sensor 12MP
  • CPU GP1
  • keupayaan merekod data GPS
  • bateri berkapasiti 1,220mAH yang boleh ditukar ganti.

Dalam kalangan ketiga-tiga GoPro, hanya Black saja boleh menggunakan mikrofon luaran untuk menyalurkan audio kepada video anda.

Baki dua kamera Hero7, WHite dan Silver pula memiliki spesifikasi yang hampir sama. Saya rasakan yang GoPro sengaja melakukan segmentasi pada bahagian firmware semata-mata untuk mengasingkan kedua-dua kamera ini, seperti yang berlaku pada Hero5 Black dan Hero (2018).

Hero7 Silver adalah yang lebih berkuasa berbanding White. Ia mampu merakam video pada resolusi 4K30 dan tiada slow-mo seperti yang dinikmati Black. White pula hanya mampu merakam pada resolusi HD Penuh pada kadar 60 fps.

Lebihnya Hero7 Silver berbanding White daripada segi rakaman video adala ia mampu menjejak isyarat GPS.

Satu saja saya tak puas hati dengan penawaran terbaru ini. Kini bateri untuk Hero7 White dan Heri7 Silver tidak boleh dikeluarkan!

Di U.S, harga kamera Hero7 yang baru adalah seperti berikut:

  • Hero7 Black – USD 400 (RM 1,655)
  • Hero7 Silver – USD 300 (RM 1,241)
  • Hero7 White – USD 200 (RM 827)
Tags: GoProGoPro Malaysiaharga hero7 blackharga hero7 silverharga hero7 whitehero7 blackhero7 black malaysiahero7 black murahhero7 silverhero7 silver malaysiahero7 silver murahhero7 whitehero7 white malaysiahero7 white murahpelancaran hero7 blackpelancaran hero7 silverpelancaran hero7 whitereview hero7 blackreview hero7 silverreview hero7 whitespesifikasi hero7 blackspesifikasi hero7 silverspesifikasi hero7 whitetempahan hero7 blacktempahan hero7 silvertempahan hero7 white
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

GoPro Hero7 Implimentasikan Sesuatu Yang Jijik Pada Kameranya

GoPro Hero7 Implimentasikan Sesuatu Yang Jijik Pada Kameranya

21 September 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER