• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Putih Mutiara pilihan terbaru Huawei P20 Pro di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:24 pm
  • 21/09/2018
  • Komen
Putih Mutiara pilihan terbaru Huawei P20 Pro di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei P20 Pro adalah peranti dari Huawei yang berjaya menerajui beberapa aspek dalam arena telefon pintar flagship. Selain penggunaan tiga lensa kamera belakangnya yang diiktiraf terbaik oleh DxOMark, ia turut memperkenalkan warna Twilight yang menjadi ikutan ramai.

Huawei menambah satu lagi warna pilihan untuk Huawei P20 Pro, dikenali sebagai Pearl White. Ia pertama kali dipertontonkan kepada orang ramai di pameran IFA di Berlin, Jerman pada awal bulan ini. Kini, ia boleh mula dibeli di Malaysia menyertai warna sedia ada iaitu Hitam, Biru dan Twilight.



Harga Huawei P20 Pro Pearl White kekal sama seperti warna yang lain, iaitu RM2,949 termasuk SST. Tetapi sehingga 5 Oktober 2018, pembelian Huawei P20 Pro Pearl White di Stor Online Huawei Malaysia akan turut menerima hadiah percuma berupa kupon Stor Online Huawei bernilai RM150, selfie stick Huawei CF33, dan kad VIP Huawei siri P20 bernilai RM999.

Ada bonus khas untuk pengguna Astro. Anda boleh menebus kupon Huawei sebanyak RM200 menerusi portal ganjaran Astro Circle. Sebanyak 200 mata ganjaran diperlukan untuk menebus kupon RM200 ini dan ia boleh digunakan untuk membeli Huawei P20 Pro Pearl White.



Huawei P20 Pro memiliki tiga kamera belakang dengan cap keunggulan Leica. Ia gabungan lensa RGB 40MP F1.8, monokrom 20MP F1.8 dan telefoto 8MP F2.4 dan menerima 109 mata, tertinggi dari DxOMark. Kamera hadapannya 24MP F2.0 dengan fokus automatik, memang menarik untuk tangkapan swafoto.

Skrinnya berukuran 6.1-inci beresolusi HD Penuh+ (2240×1080), dengan takuk di dahi. Bateri pula sebesar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge melalui port USB-C.

Tenaga Huawei P20 Pro diuruskan oleh cip Kirin 970 dengan kuasa NPU, bersama 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Peranti ini kalis air dan debu IP67.

Jika anda tertarik dengan warna putih mutiara ini, jangan terlepas untuk membelinya selewat-lewatnya 5 Oktober 2018, untuk menerima hadiah percuma yang dinyatakan tadi.

Layari Stor Online Huawei Malaysia untuk membeli Huawei P20 Pro Pearl White dan menerima hadiah percuma yang datang bersamanya.

Tags: HuaweiHuawei MalaysiaHuawei P20 ProHuawei P20 Pro MalaysiaHuawei P20 Pro Pearl WhiteHuawei P20 Pro Pearl White Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Putih Mutiara pilihan terbaru Huawei P20 Pro di Malaysia

Putih Mutiara pilihan terbaru Huawei P20 Pro di Malaysia

21 September 2018
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN