• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan data Yoodo sehingga 50% lebih murah sekarang

  • OLEH Najib
  • 11:50 am
  • 24/09/2018
  • Komen
Pelan data Yoodo sehingga 50% lebih murah sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Yoodo adalah sebuah rangkaian yang menawarkan pelan mengikut suka hati anda. Boleh pilih berapa banyak data, SMS, dan panggilan setiap bulan, tidak terikat dengan satu pelan sahaja.

Baru-baru ini, Yoodo menyatakan ia menyediakan pelan data yang jauh lebih murah, sehingga separuh harga dari sebelumnya.



Kami ada membuat beberapa perubahan pada senarai harga data dari 1 September 2018! Sesetengah paket data kini lebih murah dan SEMUA Add-On dilengkapi dengan 20GB pada SEPARUH harga! Jom tengok semua ini sekarang! #youdoitbetter

Sama-sama! pic.twitter.com/LE85Wl8TER

— Yoodo (@yoodoMY) September 21, 2018

Sebelum ini, data paling rendah boleh dilanggan ialah 2GB berharga RM20 sebulan. Manakala RM30 memberikan 5GB data sebulan dan RM95 pula menyediakan hanya 40GB data sebulan.

Dengan harga baru ini, anda boleh mendapatkan 2GB data dengan RM12 sahaja sebulan, 5GB data hanya RM25 dan dengan RM98 sebulan, anda menerima 100GB data.



Bukan ini sahaja, data tambahan Add-ons juga memiliki kuota lebih besar. Sebelum ini 5GB data khas Facebook ialah RM10 sebulan, 10GB YouTube RM20 sebulan dan 5GB Instagram pula RM10 sebulan.

Sekarang, anda boleh membeli Add-ons Facebook 20GB hanya RM5 sebulan, YouTube 20GB RM10 sebulan dan Instagram 20GB RM5 sahaja sebulan. Lebih banyak data dengan harga lebih murah.

Dengan harga yang lebih murah ini, tawaran Yoodo ini nampak lebih menarik dan murah dari pelan prabayar lain. Anda juga mempunyai pilihan untuk komitmen bulanan dari serendah RM12 untuk 2GB data, sesuai untuk penggunaan kad sim kedua.

Komitmen bukan data Yoodo masih kekal sama. Kadar panggilan paling rendah ialah RM5 untuk 50 minit sebulan. Tetapi untuk lebih banyak panggilan, Yoodo ada pelan 200 minit RM9 sebulan, atau lebih baik lagi, pelan 2000 minit hanya RM12 sebulan.

Untuk SMS, dari serendah 50 SMS untuk RM3 sebulan, 200 SMS RM8 sebulan atau 2000 SMS hanya RM20 sebulan.

Paling penting, anda boleh memilih lauk mana yang anda perlukan dan mengubahnya setiap bulan. Mahu data sahaja, atau sedikit panggilan dan SMS atau lebih banyak data bersama Add-ons Facebook, Youtube dan Instagram.

Yoodo masih menawarkan kredit RM20 percuma untuk pengaktifan SIM baru, serta tawaran Merdeka 20GB data hanya RM20. Jangan tunggu lagi, segera dapatkan kad sim Yoodo dan aktifkan untuk menerima kredit RM20 percuma. Layari laman web www.yoodo.com.my untuk mula menggunakan Yoodo.

Tags: data murahInternet murahyoodoYoodo murah
Najib

Najib

POPULAR

Pelan data Yoodo sehingga 50% lebih murah sekarang

Pelan data Yoodo sehingga 50% lebih murah sekarang

24 September 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER