• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Primrose Gold warna keempat buat Huawei nova 3

  • OLEH Najib
  • 3:27 pm
  • 28/09/2018
  • Komen
Primrose Gold warna keempat buat Huawei nova 3
Share on FacebookShare on Twitter

nova adalah telefon kelas pertengahan dalam keluarga Huawei. Salah satunya ialah Huawei nova 3 yang dikatakan berada dalam kelas pertengahan premium. Bulan Julai lepas ia dilancarkan di Malaysia dalam tiga pilihan warna. Kini warna keempat diumumkan mula dijual di Malaysia.

Warna Primrose Gold kini menyertai tiga lagi warna sedia ada nova 3 iaitu Hitam, Merah dan Iris Purple. Warna ini dikatakan eksklusif buat nova 3, berbeza dari warna emas biasa dan tidak terdapat pada telefon pintar lain.



Huawei nova 3 Primrose Gold kini dijual di Malaysia dengan harga RM1,919 dan boleh dibeli dari Stor Huawei, Stor Online Huawei dan Stor Digi. Setiap pembelian nova 3 akan turut disertakan Kad Keistimewaan nova yang memberikan ganjaran bernilai lebih RM1,000.

nova 3 memiliki cip pemproses Kirin 970 di dalam, meletakkannya sedikit tinggi dari kelas pertengahan biasa. Ini ditambah lagi dengan RAM besar 6GB dan storan dalaman 128GB. Baterinya sebesar 3,750mAh dan boleh dicas pantas melalui port USB-C.



Tarikan utama nova 3 adalah 4 kamera padanya, iaitu dwi kamera belakang 24MP+16MP dan dwi-kamera hadapan 24MP+2MP. Paparannya dari jenis IPS LCD berukuran 6.3-inci, bertakuk di dahi dengan nisbah kaca-ke-badan sebanyak 84.2%.

Tags: HuaweiHuawei Malaysiahuawei nova 3Huawei nova 3 Primrose Gold Malaysianova 3nova 3 Malaysianova 3 Primrose Gold
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Primrose Gold warna keempat buat Huawei nova 3

Primrose Gold warna keempat buat Huawei nova 3

28 September 2018
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER