• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Surface Pro dan Laptop Dikemas Kini Untuk Sekurang-kurangnya 67% Lebih Berkuasa

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:42 pm
  • 03/10/2018
  • Komen
Surface Pro dan Laptop Dikemas Kini Untuk Sekurang-kurangnya 67% Lebih Berkuasa
Share on FacebookShare on Twitter

Di Bandar Raya New York hari ini, Microsoft melancarkan sejumlah produk baru untuk kemas kini penawaran pengkomputeran mereka. Dua daripadanya adalah:

  • Surface Pro 6
  • Surface Laptop 2

Sungguhpun melancarkan benda baru, Microsoft masih belum mengemas kini laman rasmi mereka serta tiada pula kenyataan media bertulis dikeluarkan. Disebabkan tiada livestream diadakan, butiran tentang produk mereka ini hanya ada pada media yang menghadiri sidang media itu dan ianya agak cetek.



Surface Pro 6 Hadir Dalam Warna Hitam Matte

Beberapa maklumat yang berjaya dikorek adalah Surface Pro 6 memiliki ciri-ciri seperti:



  • Paparan dengan kepadatan piksel 267 ppi sama seperti sebelumnya
  • Sokongan RAM dan storan masing-masing sehingga 16GB dan 1TB SSD
  • PC seakan tablet pertama dengan CPU kuadteras
  • 67% lebih berkuasa berbanding sebelumnya

https://www.youtube.com/watch?v=pAueQoU8TQQ

Kelihatannya Surface Pro 6 masih mengekalkan fizikaliti Surface Pro 2015. Jadi anda menerima paparan 13.5″. Seperti biasa, tiada USB-C disediakan sebaliknya I/O yang ada adalah 1 USB-A, DisplayPort, dan pembaca kad SD.

Paparan seperti model generasi terdahulu

CPU Intel generasi 8

Ketahanan bateri lebih lama

Kesemua komponen dipadatkan dalam badan seberat 770g dengan bateri beketahanan 13.7 jam.

Kamera belakang 8MP

Dalam kes Surface Laptop 2 pula, ia turut tidak didatangkan dengan port USB-C sebaliknya hanya ada USB-A DisplayPort, dan pembaca kad SD.

Jika sifir Surface Pro 6 digunakan pada Surface Laptop 2, bolehlah disimpulkan yang ia hadir dengan paparan sebear 13.5″ dengan kepadatan piksel setinggi 201 ppi. Fizikalitinya adalah sama seperti sebelumnya dan kebanyakkan pembaharuan berlaku pada papan utamanya.

Antara yang baru adalah:

  • Ia adalah 85% lebih berkuasa berbanding sebelum ini
  • Prestasi grafik 50% lebih tinggi berbanding MacBook Air 13″
  • Teknologi Instant on yang nyata memendekkan waktu boot

Kedua-dua produk akan mula dijual dalam bulan Oktober 2018 pada harga bermula USD 899 (RM 3,721) untuk Surface Pro manakala Laptop 2 dijual pada harga bermula USD 999 (RM 4,135).

https://www.youtube.com/watch?v=dwK422sLD-s

[Sumber: engadget]

Tags: 2-in-1laptopMicrosoftMicrosoft MalaysiaMicrosoft SurfaceSurfacesurface laptop 2surface pro 6
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Surface Pro dan Laptop Dikemas Kini Untuk Sekurang-kurangnya 67% Lebih Berkuasa

Surface Pro dan Laptop Dikemas Kini Untuk Sekurang-kurangnya 67% Lebih Berkuasa

3 October 2018
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN