• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LG V40 ThinQ mahu jadi pakar fotografi dengan lima kamera di telefon

  • OLEH Najib
  • 3:27 pm
  • 04/10/2018
  • Komen
LG V40 ThinQ mahu jadi pakar fotografi dengan lima kamera di telefon
Share on FacebookShare on Twitter

LG masih berada dalam perlumbaan telefon pintar flaghship, hari ini dengan pengumuman terbaru mereka, LG V40 ThinQ. Ia mahu mencabar dunia fotografi mudahalih dengan memuatkan lima lensa kamera pada telefon pintar ini.

Bagaimanapun bukanlah ia bermaksud lima lensa di kamera belakang, sebaliknya ia adalah tiga lensa kamera belakang dan dua lensa kamera hadapan, dipercayai pertama seumpamanya berada di pasaran. Tiga lensa kamera belakang tersebut ialah:



  • Lensa Super Lebar 16MP (F1.9 / 1.0μm / 107°)
  • Lensa Standard 12MP (F1.5 / 1.4μm / 78°)
  • Lensa Telefoto 12MP (F2.4 / 1.0μm / 45°)

Dengan lensa bersudut super lebar, ia boleh menangkap gambar ala zum optikal, 2x zum optikal dari lensa standard dan 3.2x zum optikal dari lensa telefoto. Fungsi Triple Shot terdapat pada V40 ThinQ, membolehkan ia mencantumkan gambar yang diambil ketiga-tiga lensa serentak kepada video pendek.

Untuk kamera hadapan pula, dua lensa yang digunakan ialah:



  • Lenss Standard 8MP (F1.9 / 1.12μm / 80°)
  • Lensa Lebar 5MP (F2.2 / 1.12μm / 90°)

Dengan dua lensa ini, ia boleh menangkap gambar dengan efek bokeh, yang boleh diubahsuai tahap kekaburannya. Efek istimewa lain juga boleh digunakan seperti efek pencahayaan potret.

Jenama ThinQ menandakan telefon pintar ini memiliki kuasa AI untuk tangkapan gambar yang lebih menawan. LG turut memuatkan pelbagai fungsi menarik di kamera seperti Cine Shot, 3D Light Effect, Makeup Pro, Custom Backdrop, My Avatar dan AR Emoji.

Untuk paparan, LG V40 ThinQ dilengkapi skrin OLED FullVision berukuran 6.4-inci dengan resolusi super tajam QHD+ (3120×1440), bernisbah 19.5:9. Sistem bunyinya memiliki jenama Audio Tuned by Meridian, diperkasa empat cip DAC Hi-Fi 32-bit.

Tenaganya dihasilkan oleh cip Snapdragon 845, dibantu oleh RAM LPDDR4x sebanyak 6GB, dan storan dalaman UFS2.1 sebesar 64GB atau 128GB. Sayang, bateri 3,300mah di dalamnya dilihat agak kecil untuk standard masakini. Ia menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0 melalui USB-C, dan juga pengecasan wayarles. Kelihatan port audio 3.5mm masih terdapat pada telefon ini.

LG V40 ThinQ dilihat tahan lasak kerana ia memiliki pengikitrafan tentera MIL-STD-810G, selain kalis air dan debu IP68. Untuk sistem keselamatan, ia memiliki pengimbas capjari di belakang, serta fungsi pengecaman wajah.

Telefon pintar LG V40 ThinQ hadir dalam empat warna: Aurora Black, Platinum Gray, Moroccan Blue dan Carmine Red. Tarikh jualan dan harganya masih belum diumumkan. Tetapi adakah ia akan dijual di Malaysia kelak? Dari sejarah sebelum ini, harapannya agak tipis, atau ia mula dijual 6 bulan dari sekarang.

[Sumber: LG]

Tags: lgLG V40 ThinQ
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025
LG V40 ThinQ mahu jadi pakar fotografi dengan lima kamera di telefon

LG V40 ThinQ mahu jadi pakar fotografi dengan lima kamera di telefon

4 October 2018
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER