• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun RM400 dalam promosi terhad semua model Galaxy Note9

  • OLEH Najib
  • 11:49 am
  • 05/10/2018
  • Komen
Diskaun RM400 dalam promosi terhad semua model Galaxy Note9
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Galaxy Note9 adalah peranti terbaru dan paling berkuasa dari Samsung. Ia baru dilancarkan hampir dua bulan yang lepas, dengan harga bermula dari RM3,699. Kini, beberapa penjual dilaporkan memberikan diskaun RM400 untuk memilikinya.

Kami menemui tiga penjual yang menawarkan diskaun RM400 untuk Galaxy Note9 iaitu DirectD, serta Samsung Experiences Store di Kuantan dan Pulau Pinang. Mereka memberi diskaun RM400 untuk kedua-dua model Galaxy Note9.



Dengan diskaun RM400 ini, anda boleh memiliki Galaxy Note9 pada harga:

  • Galaxy Note9 128GB: RM3,299 (harga asal RM3,699)
  • Galaxy Note9 512GB: RM4,199 (harga asal RM4,599)

SPECIAL PROMOTION from 5-28 Oct 2018

SUPER POWER Samsung Galaxy Note 9 is now RM3299(128GB) | RM4199 (512GB)

key…

Posted by DirectD on Thursday, October 4, 2018

Note 9 Rebate (5-28/Oct)

Overview of Campaign
Mechanics:
1.Purchase Samsung Galaxy Note9 at participating…

Posted by Samsung Experience Store Kuantan Parade on Thursday, October 4, 2018

Promosi diskaun RM400 ini berjalan dari hari ini, 5 Oktober sehingga 28 Oktober 2018. Promosi ini dikatakan tidak sah dengan tawaran istimewa, promosi atau diskaun yang lain.



Great News For who are planing to get a Samsung Galaxy Note 9 !!

Samsung Galaxy Note 9 128GB who buy from 5th Oct 2018…

Posted by Samsung Sunway Carnival Mall on Thursday, October 4, 2018

Tetapi lebih menarik lagi di Samsung Experiences Store di Pulau Pinang. Selain diskaun RM400, mereka turut memberikan jaminan skrin selama setahun bersama pembelian Galaxy Note9 dalam tempoh promosi ini. Satu promosi yang sangat berbaloi.

Galaxy Note9 yang baru kini tampil dengan S Pen yang jauh lebih berkuasa. S Pen kini boleh menjadi alat kawalan jauh, untuk digunakan seperti mengambil gambar, mengawal slaid, menonton video dan banyak lagi.

Prestasinya sudah pasti yang terbaik. Ia dikuasakan cip Exynos 9810, dengan pilihan RAM 6GB dan storan 128GB, atau RAM 8GB dan storan 512GB. Skrinnya berukuran 6.4-inci dengan resolusi QuadHD+, menggunakan paparan Super AMOLED Infinity Display, tanpa takuk.

Ia didatangkan dengan dwi-kamera belakang 12MP, berkuasa dwi-apertur (F1.5 & F2.4) dan berkeupayaan 2x zum optikal. Bateri 4,000mAh dimuatkan di dalamnya yang boleh dicas pantas melalui USB-C serta menyokong pengecasan wayarles. Ia juga kalis air dan debu IP68.

Jangan terlepas untuk mendapatkan Galaxy Note9 dengan diskaun RM400 ini. Ingat, sehingga 28 Oktober sahaja.

[Sumber: SoyaCincau]

Tags: directdGalaxy Note9Galaxy Note9 Malaysiagalaxy note9 murahsamsungSamsung Galaxy Note9samsung malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Diskaun RM400 dalam promosi terhad semua model Galaxy Note9

Diskaun RM400 dalam promosi terhad semua model Galaxy Note9

5 October 2018
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung One UI 9 boleh kunci telefon anda secara kekal selepas 13 kali salah PIN

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN