• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jimat 66% untuk rekaan Porsche di telefon pintar Huawei

  • OLEH Najib
  • 12:35 pm
  • 05/10/2018
  • Komen
Jimat 66% untuk rekaan Porsche di telefon pintar Huawei
Share on FacebookShare on Twitter

Selain jenama Leica pada kameranya, satu lagi tarikan unik pada telefon pintar Huawei adalah edisi khas Porsche Design. Beberapa model telefon pintar telah diubahsuai hasil kerja tangan pereka Porsche, dan salah satu darinya adalah Huawei Mate 10.

Pada majlis pelancarannya tahun lepas, Huawei Mate 10 Porsche Design diumumkan dengan harga RM6,999. Tetapi kini, ia diberi potongan harga sebanyak 66%, menjadikannya boleh dimiliki dengan membayar hanya RM2,399 sahaja.



Promosi ini dibuat oleh penjual Mobile 2 Go, dalam kempen Mobile 2 Go Superb Deal. Kempen ini berlangsung dari 29 September sehingga 7 Oktober 2018. Bermakna, anda ada masa sehingga hari Ahad ini untuk membelinya dengan harga istimewa.

Huawei Mate 10 Porsche Design adalah model terhebat dalam siri Mate 10. Ia dikuasakan cip Kirin 970, RAM 6GB dan storan dalaman mega 256GB. Ia dipasang skrin AMOLED 6.0-inci dalam nisbah 18:9. Badannya berwarna hitam istimewa dengan hiasan seperti seramik serta kalis air dan debu IP67.



Kamera belakangnya dengan cap Leica memiliki dwi-lensa, gandingan lensa monokrom 20MP F1.6 bersama lensa RGB 12MP F1.6. Kamera hadapan pula 8MP F2.0 sahaja. Bateri 4,000mAh terdapat di dalamnya dan ia menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 20W menerusi USB-C.

Jika anda peminat Porsche yang suka mengumpul barangan Porsche, ini adalah satu peluang keemasan untuk menambah koleksi anda. Segera ke Mobile 2 Go untuk memilikinya.

[Sumber: Mobile 2 Go]

Tags: HuaweiHuawei Mate 10Huawei Mate 10 Porsche DesignMobile 2 GoPORSCHE DESIGN
Najib

Najib

POPULAR

Jimat 66% untuk rekaan Porsche di telefon pintar Huawei

Jimat 66% untuk rekaan Porsche di telefon pintar Huawei

5 October 2018
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN