• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hampir RM1000 diskaun untuk beli Samsung Galaxy Note9 sekarang

  • OLEH Najib
  • 3:32 pm
  • 08/10/2018
  • Komen
Diskaun RM400 dalam promosi terhad semua model Galaxy Note9
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas kita tahu Samsung Malaysia bagi diskaun RM400 untuk semua model Galaxy Note9 sampai hujung bulan ni. Kemudian Senheng pula tawarkan TV LED 40″ percuma bila beli Galaxy Note9 harga biasa dengan mereka.

Kini kita menemui beberapa penjual yang meletakkan harga Galaxy Note9 di bawah RM3,000. Salah satu penjual tersebut ialah Mobile 2 Go. Mereka kini menawarkan Galaxy Note9 128GB pada harga RM2,999 sahaja, diskaun sebanyak RM700. Tidak pula disenaraikan versi 512GB.



Kalau anda mencari harga lebih murah, kami menemui penjual yang meletakkan harga RM2,719 untuk Galaxy Note9 128GB set Malaysia, diskaun RM980 dari harga asal RM3,699. Penjual tersebut ialah whiteshadowmobile di Shopee, dan mereka adalah Preferred Seller dengan polisi Shopee Guarantee. Dapatkan pesanan anda atau dapatkan wang kembali.

Mahu storan lebih besar? Penjual yang sama, whiteshadowmobile turut menawarkan Galaxy Note9 512GB dengan harga sangat rendah, hanya RM3,899 daripada harga asal RM4,599. Perbezaan sebanyak RM700.



Jadi, kalau anda nak beli Galaxy Note9 512GB sekarang, mahu pilih TV LED 40″ dengan membeli harga biasa RM4,599 di Senheng atau dapatkan diskaun RM700 dan bayar RM3,899 sahaja di Shopee? Dari segi nilai, TV LED 40″ itu lebih berbaloi kerana harganya lebih RM1,000. Tetapi jika tidak perlukan TV, diskaun RM700 pun nampak dah cukup menarik.

Galaxy Note9 yang baru kini tampil dengan S Pen yang jauh lebih berkuasa. S Pen kini boleh menjadi alat kawalan jauh, untuk digunakan seperti mengambil gambar, mengawal slaid, menonton video dan banyak lagi.

Prestasinya sudah pasti yang terbaik. Ia dikuasakan cip Exynos 9810, dengan pilihan RAM 6GB dan storan 128GB, atau RAM 8GB dan storan 512GB. Skrinnya berukuran 6.4-inci dengan resolusi QuadHD+, menggunakan paparan Super AMOLED Infinity Display, tanpa takuk.

Ia didatangkan dengan dwi-kamera belakang 12MP, berkuasa dwi-apertur (F1.5 & F2.4) dan berkeupayaan 2x zum optikal. Bateri 4,000mAh dimuatkan di dalamnya yang boleh dicas pantas melalui USB-C serta menyokong pengecasan wayarles. Ia juga kalis air dan debu IP68.

Tags: Galaxy Note9Galaxy Note9 Malaysiagalaxy note9 murahMobile 2 GosamsungSamsung Galaxy Note9
Najib

Najib

POPULAR

Diskaun RM400 dalam promosi terhad semua model Galaxy Note9

Hampir RM1000 diskaun untuk beli Samsung Galaxy Note9 sekarang

8 October 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER