• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kemaskini baru Huawei nova 3 jadikannya sehebat Huawei P20

  • OLEH Najib
  • 1:31 pm
  • 09/10/2018
  • Komen
Kemaskini baru Huawei nova 3 jadikannya sehebat Huawei P20
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu fungsi hebat di Kamera Huawei P20 yang tidak dapat ditandingi pengeluar lain ialah Super Night Mode, di mana ia boleh mengambil gambar dengan bukaan pengatup yang lama tetapi menghasilkan gambar yang jelas dan tajam. Hanya menggunakan tangan biasa, tidak perlu tripod.

Hari ini, Huawei mengumumkan telefon pintar nova 3 akan menerima kemas kini yang ditambah fungsi Super Night Mode. Ini membolehkan nova 3 untuk mengambil gambar persekitaran malap sehebat Huawei P20.



Huawei Nova 3 | Super Night Mode

Do you know what is better than Night Mode in capturing a great lowlight images? The Super Night Mode Upgrade on the Huawei Nova 3!

If you are wondering how:-
Open Camera > Click More > Choose Night Mode > Capture the Best Lowlight Images

Grab yours today:http://bit.ly/HuaweiOSNova3
Check out Watsons' exclusive deal: https://goo.gl/roaxKe

Posted by Huawei Mobile on Monday, 8 October 2018

Huawei nova 3 memiliki banyak persamaan dengan Huawei P20. Boleh juga dikatakan, sebenarnya ia memiliki lebih banyak kelebihan, kecuali nova 3 tidak memiliki cap Leica pada kameranya.

Apakan tidak, skrin nova 3 lebih besar dari P20, seluas 6.3-inci FHD+ berbanding hanya 5.8-inci di P20. Cip pemprosesnya sama, Kirin 970 bersama storan yang sama 128GB, tetapi nova 3 dipasang RAM 6GB manakala P20 hanya 4GB.



Ini ditambah lagi dengan 4 kamera di nova 3. Kamera belakangnya dwi-lensa 24MP monokrom bersama 16MP RGB F1.8, manakala kamera hadapan 24MP+2MP F2.0. Huawei P20 pula menggunakan dwi-lensa kamera belakang 20MP monokrom dan 12MP RGB F1.8, bersama kamera hadapan berlensa tunggal 24MP F2.0.

Sudah pasti badan yang besar memiliki bateri lebih besar. nova 3 dipasang bateri 3,750mAh manakala P20 hanya 3,400mAh.

Dari segi harga, Huawei P20 lebih mahal RM400 dari Huawei nova 3. Harga jualan Huawei P20 sekarang ialah RM2,329 manakala Huawei nova 3 pula RM1,919. Dengan fungsi Super Night Mode ditambah ke nova 3, Huawei P20 dilihat tidak lagi memiliki fungsi eksklusif.

Berbaloikah perbezaan RM400 untuk jenama Leica?

Kepada pengguna sedia ada, jangan lupa memuat turun kemas kini terbaru ini. Kalau belum memilikinya, segera berkunjung ke mana-mana Stor Huawei atau Stor Online Huawei untuk memilikinya. Huawei juga baru sahaja melancarkan warna baru Primrose Gold untuk nova 3, jika anda mahu sesuatu yang berbeza dari yang lain.

Tags: HuaweiHuawei Malaysiahuawei nova 3huawei nova 3 malaysianova 3nova 3 MalaysiaSuper Night Mode
Najib

Najib

POPULAR

Kemaskini baru Huawei nova 3 jadikannya sehebat Huawei P20

Kemaskini baru Huawei nova 3 jadikannya sehebat Huawei P20

9 October 2018
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN