• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Razer Phone 2 Dilancar Untuk Buat Gaming Anda Ultraseronok

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:58 pm
  • 11/10/2018
  • Komen
Razer Phone 2 Dilancar Untuk Buat Gaming Anda Ultraseronok
Share on FacebookShare on Twitter

Razer Phone diumumkan pada tahun lepas dan ia telah mewujudkan satu niche yang baru dalam dunia gaming mudah alih apabila pengeluar lain turut mula menghasilkan mesin gaming mereka.

Untuk tahun 2018, Razer sekali lagi mencetuskan fenomena apabila melancarkan Razer Phone 2, satu-satunya telefon gaming yang kalis air.



Rupa fizikal dikekalkan seperti Razer Phone 1

Pastinya ramai yang akan membidas sambil mendakwa Note9 dan iPhone XS juga kalis air dan lebih daripada upaya untuk memainkan game-game berat. Tapi kedua-dua telefon itu tidak mengaum “gaming!” seperti Phone 2.



Pada mukanya, panel paparan IGZO LCD sebesar 5.72″ dengan resolusi QHD digunakan. Setakat ini, tiada siapa mampu bersaing pada segi refresh rate panel ini yang mencapai 120 Hz. ROG Phone sendiri masih ketinggalan pada 90 Hz.

Kemasan licin dan matte

Logo keramat Razer di belakang telefon ini telah diberikan suntikan Chroma apabila disinari cahaya RGB yang boleh disuaikan mengikut cita anda.

Mengekalkan rupa fizikal seperti sebelumnya, apa yang turut dikekalkan adalah speaker stereo dengan teknolgi Dolby Atmos serta Audio DAC 24-bit.

Konfigurasi dwikamera belakang dan ekakamera depan diguna

Untuk menggalas semua bebanan ber-gaing yang akan dilontarkan pengguna kepadanya, telefon ini diperkasa Snapdragon 845 dengan RAM seluas 8GB serta storan 64GB.
Seperti ROG Phone, Razer turut menggunakan sistem penyejukan vapour chamber untuk meningkatkan kecekapan kawal selia haba.

Untuk rujukan, kaedah konvesional untuk kawal selia haba dalam telefon adalah hanya menggunakan heat sink ataupu heat pipe yang nipis.

Rupa vapour chamber berteraskan kuprum untuk kawal selia haba

Pada bahagian pengimejan, Razer Phone 2 hadir dengan dwikamera belakang 12MP+12MP dengan kamera sekunder memiliki lensa mengezum. Untuk berselfie, kamera 8MP boleh digunakan.

Razer Phone 2 memiliki bateir yang besar. Ia menggerakkan semua kelengkapan elektroniknya dengan mengambil jus daripada bateri berkapasiti 4,000mAh yang boleh dicas pantas menggunakan pengecas QuichCharge 4.0+. Ia turut boleh dicas secara wayarles dengan aksesori tertentu.

Razer Phone 2 dijual di A.S pada harga USD 800 (RM 3,327) dan mula boleh ditempah hari ini. Bila tarikh jualannya tidak pula dikongsikan.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Spesifikasi Razer Phone 2

[table “124” could not be loaded /]
Tags: esukangaming phoneharga razer phone 2pelancaran razer phone 2razerrazer malaysiarazer phone 2razer phone 2 malaysiarazer phone 2 murahreview razer phone 2spesifikasi razer phone 2tempahan razer phone 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Razer Phone 2 Dilancar Untuk Buat Gaming Anda Ultraseronok

Razer Phone 2 Dilancar Untuk Buat Gaming Anda Ultraseronok

11 October 2018
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN