fbpx

Dell Perkemas Laptop Inspiron Khas Untuk Memperkasa Digital Nomad 2018

“Digital Nomad” adalah istilah yang digunakan untuk merujuk pada golongan kerja yang tidak mempunyai pejabat tetap untuk bekerja. Mereka sering boleh ditemui di kedai-kedai kopi melakukan kerja sambil menghirup kopi. Komputer yang mereka perlukan adalah daripada jenis bermobiliti tinggi tetapi tidak mengorbankan prestasi.

Untuk memenuhi keperluan itu, Dell Malaysia telah melancarkan kemas kini terhadap Dell Inspiron 7000 dan 5000 mereka untuk tahun 2018 ini bagi memenuhi permintaan golongan nomad moden ini.

Dell Inspiron 7000 (2018)

Siri 7000 adalah tawaran siri laptop premium yang ditawarkan Dell. Sebanyak dua laptop dilancarkan dalam kategori ini iaitu:

  • Inspiron 13 7000 2-in-1 (7386)
  • Inspiron 13 7000 (7380)

Kunci perbezaan antara kedua-dua laptop ini adalah 7386 memiliki paparan boleh kilas serta peka sentuhan manakala 7380 adalah laptop tradisional. Namun begitu, mereka memiliki saiz paparan yang serupa dengan resolusi sehingga 4K UHD pada model tertentu.

Selain paparan boleh kilas, 7386 kini ada paparan berbingkai nipis yang dimungkinkan dengan kehadiran webcam yang dikompakkan saiznya. Walaupun kompak, ia tetap bertenaga apabila menjadi yang pertama dilengkapi teknologi Temporal Noise Reduction untuk prestasi cahaya malap lebih baik.

Tidak terhad untuk bekerja, digital nomad perlu berhibur juga bukan? Untuk itu, Dell memperlengkapkan laptop-laptop mereka dengan:

  • CinemaColor
  • CinemaStream
  • CinemaSound

bagi memastikan pengalaman multimedia mereka berada pada tahap maksimum.

Spesifikasi Dell Inspiron 7000 (2018)

Paparan13.3" FHD
13.3" UHD
CPUIntel Core i5-8250U
Intel Core i7-8565U
GPUIntel UHD Graphics 620
RAM8GB DDR4
16GB DDR4
Storan256GB m.2 PCIE
512GB m.2 PCIE
Bateri38Whr
I/OAudio Combo
HDMI
micro-SD (SD untuk 7380)
USB-A (2 untuk 7380)
USB-C
HargaInspiron 13 7000 (7386) 2-in-1 - bermula RM 4,699
Inspiron 13 7000 (7380) - bermula RM 3,759
BACA  Redmi Note 8 akan dikuasakan cip gaming terbaik dari Mediatek

Dell Insipiron 5000

Jika siri 7000 berada diluar cakupan bajet, siri 5000 mungkin lebih sesuai untuk anda. Seperti siri 7000, ia turut hadir dengan versi paparan boleh kilas (2-in-1) dan juga laptop tradisional dengan nombor model seperti berikut:

  • Inspiron 5000 2-in-1 (5482)
  • Inspiron 5000 (5480)

Bagusnya siri 5000 kali ini berbanding 7000 adalah ada varian yang memiliki GPU dedikasi iaitu MX130.

Spesifikasi Dell Inspiron 5000 (2018)

Paparan14" FHD IPS LCD
CPUIntel Core i3-8145U
Intel Core i5-8250U
Intel Core i7-8560U
GPUIntel UHD Graphics 620
NVIDIA GeForce MX130 2GB
NVIDIA GeForce MX150 2GB
RAM4GB DDR4
8GB DDR4
Storan256GB m.2 PCIE
1TB 5.4k rpm HDD
Bateri42Whr
I/OHDMI
3 USB-A (2 untuk 5480)
Pembaca kad SD
USB-C
Audio Combo
RJ45 (5480 sahaja)
HargaInspiron 14 5000 (5482) 2-in-1 0 bermula RM 2,919
Inspiron 14 5000 (5480) - RMbermula 2,869

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut:

n