• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Mesin Gaming Muktamad ASUS ROG Phone Mula Dijual Di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:31 pm
  • 22/10/2018
  • Komen
Mesin Gaming Muktamad ASUS ROG Phone Mula Dijual Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS melalui subjenama mereka, Republic of Gaming (ROG) hari ini menetapkan penanda aras baru bagi sebuah telefon gaming apabila secara rasminya mula memasarkan ROG Phone di Malaysia. Negara kita adalah antara yang pertama mendapat produk ini dan ia menunjukkan keutuhan industri gaming mudah alih tempatan pada kaca mata ASUS.

Bercerita berkenaan ROG Phone, setiap inci daripadanya menerima penelitian khusus daripada si pembangunnya agar memenuhi keperluan pemain tegar seperti anda. Yang pertama adalah pada rekaan garang telefon ini dengan logo ROG ber-LED pada bahagian belakang dan yang kedua adalah pada kemasan besi dibawahnya.



ASUS tak gunakan besi sebarangan hanya untuk nampak cantik. Ia adalah besi nikel yang dimaklumkan lebih berkesan dalam pengurusan haba. Disebalik besi nikel itu, ada lagi sistem penyejukan yang dipanggil Vapor Chamber.

Tugas mereka hanya satu, untuk kekalkan CPU pada suhu optimum semasa bermain. Kalau masih tak cukup, satu aksesori AeroActive Cooler didatangkan secara percuma yang nyata menambah baik sistem penyejukan. Tidak seperti telefon flagship lain, saya boleh nyatakan yang pada ROG Phone ini, penyejukannya berlaku daripada dalam dan juga luar.



Berikut adalah spesifikasi teknikal ROG Phone.

Attention: The internal data of table “131” is corrupted!

Antara kelebihan telefon ini adalah ia ada dua port USB-C, satu pada bahagian bawah dan satu lagi pada bahagian sisi. Manfaat memiliki port pada bahagian sisi adalah ia tidak menganggu anda bermain. Lebih menarik, jika menggunakan AeroActive Cooler, anda turut menerima jack audio 3.5mm bersama-sama USB-C.

Kalau itu tak cukup menarik, ini adalah satu-satunya telefon di dunia yang ada shoulder button, benda yang sama boleh ditemui pada pad kawalan konsol iaitu L1 dan R1. Ia tidak menggunakan butang fizikal sebaliknya menggunakan pengesan ultrabunyi untuk mengetahui sama ada pengguna menekannya atau tidak.

Mengapa saya katakan ia telefon gaming teragung masa ini? ROG Phone hadir tidak keseorangan, terdapat satu ekosistem lengkap yang menyokong telefon ini. Sejumlah aksesori turut dibangunkan Asus untuk memperkukuh keududukan ROG Phone sebagai telefon gaming terbaik.

Antaranya adalah:

  • WiGiG Dock (RM899) – digunakan untuk strim paparan teleofn ke TV pada latensi serendah 20ms sehingga 4K UHD
  • Mobile Desktop Dock (RM599) – menyediakan port untuk menyambungkan papan kekunci, tetikus, monitor, dan sebagainya
  • TwinView Dock (RM999) – ada paparan sekunder dan bateri tambahan sebanyak 6,000mAh
  • Professional Dock (RM299) – memberikan beberapa port tambahan pada telefon anda
  • GameVice (RM349) – bertindak sebagai grip tambahan seperti sebuah Nintendo Switch

ROG Phone dijual di Malaysia dalam dua varian iaitu dengan storan 128GB dan 512GB, dan disertakan bersama AeroActive Cooler dan ROG Phone case . Harga kedua-dua varian itu adalah seperti berikut:

  • ROG Phone RAM 8GB + Storan 128GB – RM3,499
  • ROG Phone RAM 8GB + Storan 512GB – RM3,999

Tempahan awal akan dibuka dari 22 Oktober hingga 4 November di Lazada, Shopee dan pengedar sah ASUS. Penempah terawal berpeluang untuk memenangi GameVice bernilai RM349. Masalahnya, ASUS Malaysia tidak memberikan tarikh ia mula dijual dan tempahan awal dihantar.

Jika anda masih berfikir untuk membeli ASUS ROG Phone ni, tonton video kami di bawah. Mungkin ia dapat memberi jawapan kepada persoalan anda.

Tags: androidasusgamingrog phonetelefontelefon gaming
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Mesin Gaming Muktamad ASUS ROG Phone Mula Dijual Di Malaysia

Mesin Gaming Muktamad ASUS ROG Phone Mula Dijual Di Malaysia

22 October 2018
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN