• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wiko Sunny 3 Plus sangat murah dengan kuasa Android Go

  • OLEH Najib
  • 11:57 am
  • 25/10/2018
  • Komen
Wiko Sunny 3 Plus sangat murah dengan kuasa Android Go
Share on FacebookShare on Twitter

Wiko hari ini memperkenalkan telefon pintar Android yang sangat murah, Sunny 3 Plus pada harga RM249 sahaja. Terima kasih kepada sistem operasi Android 8.0 Oreo (Go Edition), ia membolehkan penggunaan peranti yang lancar walaupun dengan spesifikasi rendah.

Pemproses Mediatek MT6580 4-teras 1.3GHz menjadi teras prestasi Wiko Sunny 3 Plus, bersama RAM 1GB dan storan dalaman 8GB sahaja. Ia sedia menerima kad mikroSD sehingga 64GB untuk storan tambahan.



Skrin Sunny 3 Plus tidak terlalu kecil. Ia berukuran 5.45-inci dalam nisbah 18:9 dengan resolusi 960×480. Kamera di belakang 5MP dan kamera hadapan pula 2MP, dilengkapi LED Flash di belakang dan depan.

Bateri 2,200mAh dipasang di dalam Sunny 3 Plus dan dicas melalui port mikroUSB. Jek audio 3.5mm juga masih ada di telefon ini. Satu kekurangan terbesar di Sunny 3 Plus ialah ketiadaan sokonga 4G LTE. Hanya sehingga 3G HSPA+ sahaja.



Wiko Sunny 3 Plus ditawarkan dalam empat warna: Merah, Kelabu, Emas dan Hitam. Ia boleh didapati dari pengedar sah Wiko di seluruh Malaysia, dan stor online 11street, Lazada dan Shopee. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Wiko Sunny 3 Plus.

Jika mahukan peranti Android yang lebih lengkap, Wiko Tommy 3 Plus dengan RAM dan storan lebih besar, resolusi skrin lebih tinggi dan sokonga 4G LTE dijual pada harga RM399. Atau dapatkan Wiko View 2 Plus dengan dwi-kamera dan kuasa peranti kelas pertengahan pada harga RM559.

Di samping itu, gunakan aplikasi yang ringan dan edisi Go untuk memastikan pengalaman penggunaan yang lancar bersama OS Android Go. Beberapa contoh aplikasi tersebut boleh dirujuk di sini: 5 Aplikasi Terbaik Untuk Jimat Data Dan Storan Di Telefon Android.

Tags: Sunny3 PlusWikoWiko MalaysiaWiko Sunny3 Plus
Najib

Najib

POPULAR

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Wiko Sunny 3 Plus sangat murah dengan kuasa Android Go

Wiko Sunny 3 Plus sangat murah dengan kuasa Android Go

25 October 2018
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER