• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wang tunai lebih RM200 ribu boleh dimenangi dengan telefon Xiaomi

  • OLEH Najib
  • 8:21 pm
  • 29/10/2018
  • Komen
Wang tunai lebih RM200 ribu boleh dimenangi dengan telefon Xiaomi
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pengguna telefon pintar Xiaomi? Jika ya, anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah USD50,000 (~RM208,950) menerusi peraduan Xiaomi Photography Challenge. Ia kini memasuki tahun kedua diadakan, di mana hadiah utama tahun lepas adalah wang tunai USD30,000.

Peraduan ini terbuka kepada semua jenis telefon pintar Xiaomi di seluruh dunia. Ia dibuka bermula dari 25 Oktober dan penyertaan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 22 November 2018.



Terdapat empat kategori penyertaan iaitu:

  1. Natural look (portraits)
  2. Piece of the World (landscapes and “big” scenes)
  3. Dreamscape (light in the darkness)
  4. Why So Serious? (creative photos)

Penyertaan perlu dihantar menerusi laman peraduan Xiaomi Photography Challenge. Kemudian dapatkan sekurang-kurangnya 3 “likes” untuk layak ke pusingan seterusnya. Selepas mendapat 3 “likes”, empat orang juri akan memilih 100 gambar terbaik untuk dibawa ke pusingan akhir. Empat orang juri tersebut ialah:



  1. Gueorgui Pinkhassov – ahli Magnum Photos
  2. Jerome Sessini– ahli Magnum Photos
  3. Wang Xiang – Naib Presiden Kanan Xiaomi
  4. Manu Jain – Naib Presiden Xiaomi dan Pengarah Urusan Xiaomi India

Selepas memilih 100 gambar terbaik, Mi Fans sendiri akan mengundi untuk memilih gambar pemenang. Undian ini akan dibuka dari 27 November sehingga 6 Disember 2018. Orang ramai yang ingin mengundi, perlu mendaftar masuk akaun Mi mereka di laman www.mi.com. Pemenang utama akan diumumkan selepas itu.

Jangan tunggu lagi. Jika anda memiliki telefon pintar Xiaomi, segera hantar gambar terbaik yang anda tangkap menggunakannya. Penyertaan boleh dihantar di sini, selewat-lewatnya pada 22 November 2018.

Tags: xiaomiXiaomi Photography Challenge
Najib

Najib

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Wang tunai lebih RM200 ribu boleh dimenangi dengan telefon Xiaomi

Wang tunai lebih RM200 ribu boleh dimenangi dengan telefon Xiaomi

29 October 2018
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER