• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Ini Jadinya Bila Mate 20 Pro Bercanda Dengan 3 Telefon Lain Di London

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:57 pm
  • 30/10/2018
  • Komen
Ini Jadinya Bila Mate 20 Pro Bercanda Dengan 3 Telefon Lain Di London
Share on FacebookShare on Twitter

Mate 20 Pro adalah telefon yang terkini dan tercanggih pernah dihasilkan Huawei. Masih legi menerima cap Leica pada kamera belakangnya, kemampuan fotografi pada telefon ini tidak boleh dipandang enteng lebih-lebih lagi apabila ia dilengkapi perisian peingimejan mantap yang terbukti pada P20 yang lalu. Dalam artikel perbandingan ini, saya bandingkan gambar daripada:

  • Huawei Mate 20 Pro
  • Huawei P20 Pro
  • Samsung Galaxy Note9
  • Apple iPhone XS

Tiada kategori khusus diadakan dalam perbandingan kali ini sebaliknya saya membandingkan gambar rawak daripada keempat-empat lensa yang berjaya diambil Alex dan Najib semasa menghadiri acara pelancaran Mate 20 Pro di London tempoh hari. Mari kita mulakan perbandingan.



1. Jeti Tower Millenium

Menurut data EXIF, gambar ini diambil kira-kira jam 5:30 petang dan matahari terbenam pada hari itu pada jam 06:08 petang. Tapi disebabkan cuaca mendung, mungkin saat “golden hour” tidak dirasai di lokasi gambar diambil.

Tekan Untuk Perbesar



Selain iPhone XS, tiga baki kamera lain menggunakan tona warna sejuk sebagai white balance sebaliknya iPhone XS memilih menggunakan warna lebih suam.

Tapi saya memuji iPhone XS kerana berjaya merakam perincian pada kepulan awan.

2. Hidangan fish & chips

Beralih pula kepada gambar fish & chips ini. Saya biasanya lebih gemarkan foto makanan dengan white balance kearah suam kerana ia lebih membangkitkan selera serta mencadangkan makanan itu panas dan sedia untuk dijamah.

Tekan Untuk Perbesar

Sungguhpun gambar pada Mate 20 Pro lebih tajam dan ikannya nampak rangup, saya lebih menyukai hasil daripada Note9 dan iPhone XS kerana tona warna dipilihnya.

3. Botol sos tomato

Ini adalah gambar di dalam restoren dan pada waktu ini pencahayaan agak terhad. Keempat-empat kamera menghasilkan gambar yang baik tanpa masalah. Uniknya, mereka sebulat suara memilih white balance yang suam.

Tekan Untuk Perbesar

Kemudian saya zumkan gambar ini hingga ke paras 1080 piksel untuk melihat ketajaman pada label botol sos tomato Heinz. Mate 20 Pro merakam butir permukaan pelekat dengan jayanya. Note9 dan P20 Pro pula macam ada usaha untuk merakam tapi tidak sekeras Mate 20 Pro. iPhone XS sekadar mengambil pendirian tidak mengendahkan butiran itu pelekat nampak licin tanpa tekstur.

Tekan Untuk Perbesar

4. Pemandangan Tower Bridge

Ini adalah gambar Tower Bridge. Untuk gambar malam, masih belum ada yang mampu bersaing dengan kehebatan mode malam pada Huawei. Seperti yang dijangka, magis mode malam masih berkuasa apabila Mate 20 Pro dan P20 Pro masing-masing hadir dengan kualiti gambar malam yang cantik.

Tekan Untuk Perbesar

Note9 pula sedaya upaya merakam butiran jambatan itu tapi akibat penggunaan shutter speed yang perlahan, bahagian langit turut sama terdedah. Untuk iPhone XS. ia mengambil langkah selamat dengan mendapatkan metering yang betul untuk bahagian terang jambatan tanpa memasukkan butiran pada bahagian gelap jambatan.

5. Berjalan di atas Tower Bridge

Berada di atas Tower Bridge, mengambil gambar zum adalah sesuatu yang tidak dilepaskan. Kedua-dua telefon huawei memiliki zum optikal 3X manakala dua telefon lain 2X. Tapi kesemua mereka boleh mengezum 10X digital dan hasilnya adalah seperti dibawah.

Untuk zum 10X, Mate 20 Pro hasilkan gambar kurang kontras, nampak macam berjerebu. Gambar daripada iPhone XS lebih kontras dan warnanya lebih pekat. P20 Pro dan Note9 pula berada di tengah-tengah.

Tekan Untuk Perbesar

Penutup

Bagi saya, kesemua mereka mengambil gambar yang baik saya perlu mengezum sedalam-dalamnya untuk mencari perbezaan. Tapi untuk gambar malam, kelebihan masih berpihak pada kedua-dua kamera Huawei. Yang saya perasan adalah metering pada iPhone memihak pada white balance yang lebih suam sebaliknya untuk ketiga-tiga Android, tona lebih sejuk diguna. Tona suam sesuai diguna untuk potret dan makanan dan Apple mungkin berpendapat pengguna iPhone akan banyak gunakan telefon mereka untuk mengambil gambar bergenre itu.

Akhir kata, ini bukanlah ujian yang saintifik dan keputusannya pula tidaklah muktamad kerana kecantikan adalah abstrak dan terpulang pada keselesaan mata masing-masing untuk menilainya. Tapi, nantikan perbandingan komprehensif kami dalam pelbagai kategori dalam artikel yang akan datang.

Kesemua gambar asal yang digunakan dalam artikel ini boleh dimuat turun dalam pautan ini untuk kemudahan anda.

Tags: appleapple iphone xsHuaweiHuawei Mate 20 ProHuawei P20 Properbandinganperbandingan kamerasamsungSamsung Galaxy Note9telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ini Jadinya Bila Mate 20 Pro Bercanda Dengan 3 Telefon Lain Di London

Ini Jadinya Bila Mate 20 Pro Bercanda Dengan 3 Telefon Lain Di London

30 October 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER