• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad Pro 2018 Bagai Mimpi Jadi Kenyataan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:16 am
  • 31/10/2018
  • Komen
iPad Pro 2018 Bagai Mimpi Jadi Kenyataan
Share on FacebookShare on Twitter

Apple hari ini mencatatkan sejarah apabila Apple menggantikan Lightning Connector dengan port USB-C pada tablet iPad Pro terbaru mereka. Signifikannya langkah itu adalah ia menjadikannya yang pertama menerima port universal itu, dalam produk selain komputer Apple. Selain port yang baru, iPad Pro 2018 nyata membawakan seribu satu pembaharuan yang bakal mengukuhkan kedudukan iPad selaku tablet paling canggih pernah dihasilkan mereka.

Keverstailan port USB-C pada iPad Pro dibuktikan dengan beberapa demonstrasi seperti menyambungkan iPad Pro pada monitor ataupun kamera untuk mengakses kandungan kamera.



 

Yang pertama adalah pada fizikal tablet ini. Badannya masih mengekalkan saiz seperti model 10.1″ sebelum ini tapi dengan menipiskan bahagian bingkainya, Apple berjaya memasukkan panel paparan 11″ dalam badan yang sama.

Model 12.9″ pula menerima badan yang lebih kecil berbanding sebelum ini.



Perubahan yang kedua adalah penyisihan Touch ID pada bahagian dagu tablet untuk digantikan dengan Face ID. Tambah menarik, Face ID boleh melakukan pengecaman wajah dalam sebarang keadaan sama ada menegak ataupun melintang.

Komponen kamera pada iPad Pro 2018 adalah sama dengan yang ada pada iPhone XR iaitu kamera belakang 12MP bersama-sama kamera depan 7MP.

Kemas kini yang ketiga dan yang menjadi tunjang kepada keperkasaan tablet ini adalah pada sistem penkomputerannya. CPU Bionic A12X bersama-sama RAM sehingga 6GB hadir untuk mengendalikan segala tugasan ringan mahupun berat yang dilontarkan kepadanya.

Kesemua ini menyumbang pada peningkatan prestasi seperti berikut:

  • CPU sehingga 90% lebih pantas
  • GPU dua kali ganda lebih berkuasa

Tidak terhenti di situ, Apple Pencil turut ditambah baik. Ia tidak lagi dicas menggunakan port Lightning disebabkan iPad Pro kini ada port USB-C. Apple Pencil 2018 dicas secara wayarles melalui port magnetik pada bahagian sisi tablet.

Harga

iPad Pro mula dijual pada 7 November di A.S pada harga seperti berikut:

iPad Pro 2018 11″ Wi-Fi

  • 64GB – RM 3,499
  • 256GB – RM 4,149
  • 512GB – RM 4,999
  • 1TB – RM 6,699

Pad Pro 2018 11″ Wi-Fi+LTE

  • 64GB – RM 4,149
  • 256GB – RM 4,799
  • 512GB – RM 5,649
  • 1TB – RM 7,349

iPad Pro 2018 13″ Wi-Fi

  • 64GB – RM 4,349
  • 256GB – RM 4,999
  • 512GB – RM 5,849
  • 1TB – RM 7,549

Pad Pro 2018 13″ Wi-Fi+LTE

  • 64GB – RM 4,999
  • 256GB – RM 5,649
  • 512GB – RM 6,499
  • 1TB – RM 8,199

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: appleapple pencilberitaipadipad proipad pro 11ipad pro 13tablet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

iPad Pro 2018 Bagai Mimpi Jadi Kenyataan

iPad Pro 2018 Bagai Mimpi Jadi Kenyataan

31 October 2018
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN