• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pesaing Mi MIX 3 Dilancarkan Di China Dan Ia Mungkin Lebih Baik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:54 am
  • 01/11/2018
  • Komen
Pesaing Mi MIX 3 Dilancarkan Di China Dan Ia Mungkin Lebih Baik
Share on FacebookShare on Twitter

Mi MIX diumumkan Xiaomi pada minggu lepas sebagai salah satu penyelesaian kepada telefon berbingkai nipis tanpa takuk. Selang beberapa hari selepas itu, honor pula hadir dengan telefon yang hampir serupa tapi mungkin lebih baik yang dinamakan honor Magic2

Sekilas pandang, ia adalah sebuah Huawei P20 Pro tanpa takuk kerana ia menggunakan mekanisme boleh luncur seperti Mi MIX 3 untuk menyembunyikan kamera selfienya di belakang panel paparan.



Sungguhpun rupa seperti P20 Pro tanpa takuk, spesifikasi dalamnya lebih mirip kepada Mate 20 Pro. Ia dikuasakan komponen seperti:

  • Kirin 980
  • RAM 6GB/8GB
  • Storan 128GB/256GB

Untuk panel paparan, ia menggunakan panel AMOLED beresolusi HD Penuh sebesar 6.39″. Sesuatu yang menarik tentang Magic2 adalah, jika Google Translate tidak tersilap menterjemah bahagian spesifikasi, ia mungkin telefon heksakamera pertama dunia. Berikut adalah spesfikasi kamera Magic 2:



  • Kamera belakang 1 – 16MP F1.8
  • Kamera belakang 2 – 24MP F1.8 monokrom
  • Kamera belakang 3 – 16MP F2.2 wide angle
  • Kamera depan 1 – 16MP F2.0
  • Kamera depan 2 – 2MP F2.4
  • Kamera depan 3 – 2MP F2.4

Honor Magic2 memiliki bateri yang lebih besar daripada MIX 3, 3,500mAh berbanding 3,200mAh dan ia ada pengecasan pantas 40 Watt.

Di China, honor Magic2 boleh dibeli bermula 6 November ini pada harga seperti berikut:

  • RAM 6GB / storan 128GB – RMB 3,799 (RM 2,281)
  • RAM 8GB / storan 128GB – RMB 4,299 (RM 2,581)
  • RAM 8GB / storan 256GB – RMB 4,799 (RM 2,881)

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Spesifikasi honor Magic2

[table “132” could not be loaded /]
Tags: honorhonor magichonor Magic 2telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Pesaing Mi MIX 3 Dilancarkan Di China Dan Ia Mungkin Lebih Baik

Pesaing Mi MIX 3 Dilancarkan Di China Dan Ia Mungkin Lebih Baik

1 November 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN