• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Seantero Malaysia, Hanya 64 Orang Yang Tak Puas Hati Dengan Harga Internet Kita

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:20 pm
  • 01/11/2018
  • Komen
Seantero Malaysia, Hanya 64 Orang Yang Tak Puas Hati Dengan Harga Internet Kita
Share on FacebookShare on Twitter

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) adalah pihak yang bertanggung-jawab untuk mendengar aduan anda berkaitan perkhidmatan telco baik daripada segi kualiti hinggalah harga. Tapi tahukah anda, CFM hanya terima 64 aduan berkaitan harga servis telco sehingga September?

Keadaan ini agak pelik kerana setiap kali berita berkaitan Streamyx dan unifi diutuskan di Facebook kami, ruang komen pastinya dibanjiri utusan yang berbaur tak puas hati keatas perkhidmatan Internet.

Jika anda masih belum tahu, CFM sedia menerima aduan anda melalui beberapa saluran. Antaranya adalah:



  • Secara dalam talian di https://aduan.skmm.gov.my/
  • APP telefon untuk Android dan iOS
  • Terus pergi ke pejabat CFM di Cyberjaya

Dalam hal yang berkaitan, CFM turut melaporkan peningkatan ketara aduan pengguna berkaitan pengebilan servis mereka. Dalam suku 3 2018 sahaja, CFM terima 1496 aduan.

Ia adalah peningkatan sekurang-kurangnya 86% berbanding suku 1 dan suku 2 tahun yang sama apabila mereka masing-masing terima 966 dan 804 aduan.



Daripada jumlah itu, 86% aduan berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 15 hari seperti yang termaktub dalam Kod Amalan Am Pengguna untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (GCC).

Jangan lupa untuk baca pengalaman 3 kawan kami lompat ISP sebab tak puas hati dengan servis Internet mereka.

Tags: CFM
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Seantero Malaysia, Hanya 64 Orang Yang Tak Puas Hati Dengan Harga Internet Kita

Seantero Malaysia, Hanya 64 Orang Yang Tak Puas Hati Dengan Harga Internet Kita

1 November 2018
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN