• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diablo Immortal Tembusi Telefon Pintar Tapi Dikecam Teruk

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:26 am
  • 05/11/2018
  • Komen
Diablo Immortal Tembusi Telefon Pintar Tapi Dikecam Teruk
Share on FacebookShare on Twitter

Bersama-sama dengan Warcraft 3 Reforged, Blizzard juga mengambil kesempatan untuk melancarkan kandungan baru untuk Diablo pada Blizzcon 2018. Diablo Immortal bakal hadir di telefon Android dan iOS tetapi tiada tanda masa khusus dikongsikan.

Sungguhpun masih dalam pembangunan awal, Blizzard masih berkongsikan beberapa petikan video memaparkan bagaimana permainan itu akan kelihatan apabila dilancarkan kelak.



Secara ringkasnya, ia adalah permainan RPG yang dipakejkan semula untuk telefon pintar. Anda mengawal seorang hero, daripada beberapa hero yang boleh dipilih, dengan keupayaan unik.

Mengawalnya, anda mengembara sambil membunuh raksasa anda jumpa sepanjang perjalanan anda. Konsep hack-and-slash dan dungeon crawler adalah antara genre permainan yang dipelopori Diablo.



Mengharapkan reaksi positif daripada pemingat Diablo, Blizzard sebaliknya dikecam teruk semasa sesi Q&A pelancaran Diablo Immortal.

Yang pertamanya, Blizzard memaklumkan yang setakat ini, tiada versi PC dirancang untuk Diablo Immortal. Ia amat mengecewakan kerana kali terakhir Diablo menerima kandungan baru adalah pada tahun 2014 dan itupun cuma Expansion Pack. Peminat lebih mengharapakan Diablo 4 berbanding permainan telefon.

Kegusaran yang kedua adalah peminat hampir pasti yang permainan ini akan dibanjiri mikrotransaksi yang direka khas untuk menjadi kolam duit kepada Blizzard.

Yang ketiga adalah Diablo Immortal bukanlah dibangunkan Blizzard sebaliknya disumberluarkan kepada NetEase, syarikat yang bertanggung jawab kepada permainan seperti Rules of Survival. Maka, peminat menjangkakan yang Diablo Immortal adalah hasil reskin permainan lain yang sudahpun ada di China.

Adakah anda setuju dengan langkah pengeluar judul AAA seperti Blizzard yang cuba eksploitasi pasaran permainan China berbanding menghasilkan kandungan berkualiti? Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: diablodiablo immortalgames
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Diablo Immortal Tembusi Telefon Pintar Tapi Dikecam Teruk

Diablo Immortal Tembusi Telefon Pintar Tapi Dikecam Teruk

5 November 2018
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN