• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung bagi petunjuk akan hasilkan peranti dengan skrin boleh lipat

  • OLEH Najib
  • 1:41 pm
  • 05/11/2018
  • Komen
Samsung bagi petunjuk akan hasilkan peranti dengan skrin boleh lipat
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah lama khabar tentang telefon dengan skrin boleh lipat berada di alam maya. Samsung sendiri telah beberapa kali berkongsi gambar dan video berkenaan skrin telefon pintar yang boleh dilipat. Tetapi ia mungkin akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Samsung Mobile hari ini telah berkongsi gambar baru di Facebook, memperlihatkan logo Samsung seperti dilipat. Gambar yang sama juga boleh ditemui di laman twitter Samsung Mobile.



Posted by Samsung Mobile on Sunday, 4 November 2018

Pastinya perkara yang pelik sebegini merupakan pengumuman tersembunyi kepada sesuatu yang akan datang. Dilihat sekali imbas, ia tidak lain dan tidak bukan menyatakan sebuah peranti yang boleh dilipat. Lebih tepat lagi, telefon pintar dengan skrin boleh lipat.

Belum ada lagi pengumuman rasmi berkenaan peranti boleh lipat dari Samsung, tetapi sudah ada berita yang menyatakan keinginan Samsung untuk memasarkan peranti tersebut seawal tahun depan.



Bloomberg melaporkan, Samsung sedang dalam kajian untuk menghasilkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat, diberi nama kod Winner. Pengkaji di dalam Samsung masih berdebat dalam jenis penghasilannya, sama ada dilipat secara menegak atau mendatar. Skrin yang dibuka secara mendatar lebih disukai ramai kerana lebih senang dibuka dan dilihat.

Skrin boleh lipat ini diperbuat dari filem seperti yang digunakan di dalam fotografi. Tetapi ini menjadikan kemasan permukaannya seperti matte, sedangkan orang ramai lebih suka dengan skrin yang menggunakan kemasan licin seperti glossy.

Rekaan prototaip peranti ini juga sangat berat, melebih 200 gram. Untuk perbandingan, Galaxy S9 seberat 163 gram manakala Galaxy Note9 pula seberat 201 gram. Untuk mengurangkan beratnya, Samsung mungkin terpaksa mengurangkan kapasiti bateri.

Samsung mungkin akan memperlihatkan demo peranti ini dalam persidangan pembangun Samsung yang dijadualkan pada bulan November ini. Tetapi pelancarannya mungkin seawal suku kedua tahun 2019.

Apakah pandangan anda berkenaan skrin boleh lipat di telefon pintar. Adakah ia satu revolusi yang akan mengubah lanskap dunia telefon pintar?

Tags: samsung
Najib

Najib

POPULAR

Samsung bagi petunjuk akan hasilkan peranti dengan skrin boleh lipat

Samsung bagi petunjuk akan hasilkan peranti dengan skrin boleh lipat

5 November 2018
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER