• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kad memori baru Huawei NM card tiba di Malaysia minggu depan

  • OLEH Najib
  • 5:33 pm
  • 08/11/2018
  • Komen
Kad memori baru Huawei NM card tiba di Malaysia minggu depan
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila Huawei melancarkan empat model telefon pintar dari siri Mate 20, kesemua peranti ini memiliki slot kad memori luaran tetapi dari jenis serba baru, NM. Tiada lagi kad mikroSD, empat model telefon pintar baru Huawei iaitu Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 X dan Mate 20 Porsche Design hanya menerima kad NM sebagai memori tambahan.

Hari ini, Huawei melaporkan kad memori NM akan mula dijual di Malaysia seawal minggu hadapan. Kami dimaklumkan, hanya kapasiti 128GB akan dibawa terlebih dahulu dan ia akan dijual pada harga RM298.



Kad memori NM ini mempunyai kemampuan membaca 90MB/s dan menulis 70MB/s, mencukupi untuk merakam video Ultra HD 4K. Sebagai teknologi baru, kad memori ini sememangnya sangat mahal dibandingkan dengan kad mikroSD.

Contohnya, kad memori mikroSD SanDisk Extreme 128GB dengan keupayaan membaca 160MB/s dan menulis 90Mb/s, berharga RM210 sahaja di Lazada. Ia akan dijual lebih murah pada 11.11 nanti, hanya RM139 sahaja.



Di kesemua model Mate 20, kad NM berkongsi tempat dengan slot kedua kad sim. Ini kerana ia menggunakan slot kad hibrid, sama ada 2 kad sim nano atau 1 kad sim nano + kad memori NM pada masa yang sama.

Tetapi jika anda mahu membeli sekarang, kami menerima berita terdapat kedai yang telah mula menjual kad memori NM ini. Satu Gadget telah menyenaraikan kad memori NM 128GB dengan harga RM299, tidak jauh dari harga rasminya. Datang dengan jaminan selama setahun dari Satu Gadget, tidak pula dinyatakan adakah ini set rasmi Malaysia atau diimport dari luar.

Tags: HuaweiKad NM
Najib

Najib

POPULAR

Kad memori baru Huawei NM card tiba di Malaysia minggu depan

Kad memori baru Huawei NM card tiba di Malaysia minggu depan

8 November 2018
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN