• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tak perlu beratur nak perbaharui pasport dengan My Online Passport

  • OLEH Najib
  • 11:51 am
  • 09/11/2018
  • Komen
Tak perlu beratur nak perbaharui pasport dengan My Online Passport
Share on FacebookShare on Twitter

Membuat pasport dan memperbaharuinya sangat mudah di Malaysia. Anda boleh pergi ke mana-mana pejabat imigresen atau pusat Urban Transformation Centre (UTC) berhampiran, dan mendapatkannya dalam tempoh sejam sahaja.

Tetapi tahukah anda, sebenarnya ada cara lebih mudah untuk memperbaharui pasport? Ia sebenarnya boleh dibuat di internet, tak perlu pergi ke luar rumah dan beratur pun.



Sistem My Online Passport telah dilancarkan sejak dua tahun lepas. Tetapi menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, ia tidak banyak dipergunakan. Laporan menyatakan, hanya terdapat 9,178 permohonan memperbaharui passport dibuat dalam talian menerusi sistem ini.

Proses permohonan dalam talian ini sangat mudah. Lebih menarik lagi, lokasi untuk mengambil passport yang dimohon menerusi sistem ini termasuk luar negara seperti Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, Singapura, Jakarta, Hong Kong dan New York.



Jika tiada sebarang perubahan maklumat, anda hanya perlu memberikan gambar passport serta membuat bayaran. Pembayaran boleh dibuat menerusi perbankan dalam talian atau kad debit/kredit Visa dan Mastercard.

Permohonan yang lengkap sebelum pukul 3 petang, boleh mengambil passport yang baru pada hari yang sama. Permohonan yang dibuat selepas pukul 3 petang, akan siap dan boleh diambil esok hari seawal pukul 10 pagi. Status permohonan juga boleh disemak di sini.

Kadar bayaran pembaharuan pasport dalam talian tidak ada bezanya. Pemohon perlu membayar RM200 untuk tempoh sah selama 5 tahun bagi rakyat Malaysia berumur 13 hingga 59 tahun. Bagi warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, serta kanak-kanak di bawah 12 tahun, kadar bayarannya ialah RM100 untuk tempoh sah 5 tahun.

Jika anda berminat untuk menggunakan sistem pembaharuan dalam talian ini, boleh mengunjungi laman web myIMMS MyOnline dan ikuti arahan yang diberikan. Kalau dah cuba, bagaimana? Senang je kan.

[Sumber: TheStar]

Tags: PasportPasport Malaysia
Najib

Najib

POPULAR

Tak perlu beratur nak perbaharui pasport dengan My Online Passport

Tak perlu beratur nak perbaharui pasport dengan My Online Passport

9 November 2018
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN