• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Tawaran gempak telefon pintar ASUS di Lazada sempena 11.11

  • OLEH Najib
  • 5:58 pm
  • 09/11/2018
  • Komen
Tawaran gempak telefon pintar ASUS di Lazada sempena 11.11
Share on FacebookShare on Twitter

Kehangatan jualan mega 11 November atau lebih dikenali sebagai 11.11 tidak dapat dipersoalkan lagi. Pelbagai platform online telah mempromosikan pelbagai tawaran dan diskaun mereka sejak sebulan yang lepas.

ASUS sebagai salah satu pengeluar produk elektronik terkemuka turut tidak melepaskan peluang melalui tawaran khas mereka di Lazada. Pelbagai telefon pintar dan laptop diberikan potongan harga serta promosi istimewa untuk hari jualan 11.11 nanti.



Promosi terhebat yang dicanang mereka adalah untuk telefon pintar gaming, ASUS ROG Phone. Selama 2 jam pada 11.11 nanti dari pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi, ASUS akan menjual ROG Phone 512GB pada harga RM6,999.

Eh, kenapa mahal sangat. Harga jualan dia kan RM3,999 je.



Ok, harga ini adalah promosi ASUS ROG Phone 512GB bersama semua aksesori tambahan. Aksesori tersebut ialah:

  • ROG Phone Case – RM199
  • Professional Dock – RM299
  • Gamevice – RM349
  • Mobile Desktop Dock – RM599
  • WiGig Display Dock – RM899
  • Twinview Dock – RM999
  • ROG Suitcase – RM599

Jika dibeli berasingan, semua aksesori ini berjumlah RM3,943. Tambah dengan ROG Phone 512GB, ia berjumlah RM3,999+RM3,943 = RM7,942! Dalam promosi ini, diskaun keseluruhannya ialah RM943.

Sudah pasti promosi ini untuk mereka yang ada bajet terlebih atau sangat perlukan semua aksesori ini sebagai koleksi. Kalau betul nak guna, tak mungkin semua diperlukan. Beli yang nak pakai je kan. Kesemua aksesori ini juga boleh dibeli berasingan, dengan harga seperti di atas.

Selain ROG Phone, ASUS juga ada promosi untuk telefon pintar yang lain. Sekali lagi khas selama 2 jam pada 11.11 dari 12 tengah malam hingga 2 pagi, diskaun RM50 diberikan untuk ZenFone Max Pro M1 (6GB+64GB). Dari harga asal RM899, ia akan dijual pada harga RM849 sahaja.

Untuk yang memerlukan powerbank baru, ASUS akan menawarkan ASUS ZenPower Pro 10500mAH dengan kuasa pengecasan pantas Quick Charge 2.0 pada harga RM59 sahaja, berbanding harga asal RM119. Tetapi ia juga ditawarkan selama 2 jam sahaja, dari 12 tengah malam sehingga 2 pagi.

Tawaran lain yang diberikan sepanjang hari 11.11 nanti selama 24 jam pula adalah:

  1. ZenFone Max Pro M1 (3GB+32GB) – RM 499 RM 699 (diskaun RM200)
  2. ZenFone Max Pro M1 (4GB+64GB) – RM 699 RM 849 (diskaun RM150)
  3. ZenFone 5z (6GB+128GB) – RM 1,599 RM 1,899 (diskaun RM300)
  4. ZenFone 5z (8GB+256GB) – RM 1,999 RM 2,299 (diskaun RM300)

Jangan lupa, promosi ASUS di Lazada ini akan berlangsung pada hari Ahad ini, 11 November 2018. Pastikan juga anda tidak terlepas promosi terhad 2 jam, dari pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi itu.

Semua promosi ini boleh didapati di Stor ASUS di Lazada. Boleh siap sedia masukkan dalam wishlist atau pun cart terus, senang nak check out bila tiba masanya.

Tags: 11.11asusASUS ROG PhoneLazada
Najib

Najib

POPULAR

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Tawaran gempak telefon pintar ASUS di Lazada sempena 11.11

Tawaran gempak telefon pintar ASUS di Lazada sempena 11.11

9 November 2018
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

Honor Magic 8 Pro tiba di Malaysia 27 November, pembeli awal dapat Insta360 Ace percuma

19 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER