• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Note9 Lavender Purple tiba di Malaysia dengan storan 1TB

  • OLEH Najib
  • 1:18 pm
  • 13/11/2018
  • Komen
Galaxy Note9 Lavender Purple tiba di Malaysia dengan storan 1TB
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Galaxy Note9 adalah antara telefon pintar terbaik masakini. Ia juga datang dengan storan terbesar boleh dibeli di pasaran, sebanyak 512GB. Jika anda berminat untuk memiliki Galaxy Note9, Samsung kini mengumumkan ketibaan warna baru, Lavender Purple.

Galaxy Note9 Lavender Purple kini dijual di Malaysia tetapi dengan storan 512GB sahaja. Sebagai promosi awal, Samsung kini memberikan kad memori mikroSD 512GB secara percuma untuk pembelian Galaxy Note9 Lavender Purple. Ini boleh menjadikan jumlah storannya kepada 1TB!



Tawaran kad mikroSD 512GB percuma ini dibuka dari 9 hingga 30 November 2018. Harga jualan Galaxy Note9 Lavender Purple kekal sama, RM4,599 sahaja. Untuk makluman, kad mikroSD 512GB ini jika dibeli berasingan, berharga RM1,199.

Jika anda tidak perlukan kad mikroSD 512GB, anda boleh mendapatkan Galaxy Note9 dengan diskaun RM400. Ini menjadikan Galaxy Note9 128GB berharga RM3,299 dan Galaxy Note9 512GB pula RM4,199. Promosi ini berjalan sehingga 2 Disember 2018.



Galaxy Note9 yang baru sangat berkuasa dengan SPen serba baru berkuasa Bluetooth. Spen ini membolehkan banyak perkara di telefon di kawal jarak jauh seperti pembentangan slaid powerpoint, menonton video, mengambil gambar dan banyak lagi.

Prestasi tingginya diperoleh dari kuasa cip pemproses Exynos 9810, RAM sehingga 8GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Ia boleh menerima kad mikroSD seingga 512GB untuk jumlah storan mencecah 1TB.

Skrinnya tiada takuk dari jenis Super AMOLED 6.4-inci, serta memiliki resolusi super tajam Quad HD+.

Kamera belakangnya dwi-lensa memiliki apertur pelbagai F1.5-F2.4 serta 2x zum optikal. Baterinya sangat besar, 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas USB-C serta pengecas wayarles. Ia juga kalis air IP68, speaker stereo dan menyokong Samsung Pay.

Untuk maklumat lanjut, layari laman promosi Samsung Galaxy Note9 Lavender Purple.

Tags: Galaxy Note9samsungSamsung Galaxy Note9
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Galaxy Note9 Lavender Purple tiba di Malaysia dengan storan 1TB

Galaxy Note9 Lavender Purple tiba di Malaysia dengan storan 1TB

13 November 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN