• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

honor Magic 2 Kini Boleh Didapati Di Kedai Berhampiran Anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:47 am
  • 13/11/2018
  • Komen
honor Magic 2 Kini Boleh Didapati Di Kedai Berhampiran Anda
Share on FacebookShare on Twitter

Selain Mi MIX 3, honor Magic 2 turut menggunakan penyelesaian boleh luncur bagi membuang takuk dalam telefon berbingkai nipis mereka. Berita terkini tentangnya di Malaysia adalah, DirectD sudah mula menjualnya pada harga serendah RM2,799.

Magic 2 memiliki rupa belakang seperti sebuah P20 Pro tetapi bahagian spesifikasinya lebih hampir kepada Mate 20 Pro. Ia dikuasakan:



  • CPU Kirin 980
  • RAM 6GB/8GB
  • Storan 128GB/256GB

Ketiadaan takuk pada bahagian paparan menyebabkan kamera selfienya perlu dinaikkan secara manual. Konfigurasi trikamera depan digunakan padanya dengan spesifikasi:

  • Kamera depan 1 – 16MP F2.0
  • Kamera depan 2 – 2MP F2.4
  • Kamera depan 3 – 2MP F2.4

Kamera belakang turut ada tiga kesemuanya dan berikut adalah spesifikasinya:



  • Kamera belakang 1 – 16MP F1.8
  • Kamera belakang 2 – 24MP F1.8 monokrom
  • Kamera belakang 3 – 16MP F2.2 wide angle

Honor Magic2 memiliki bateri yang lebih besar daripada MIX 3, 3,500mAh berbanding 3,200mAh dan ia ada pengecasan pantas 40 Watt.


DirectD hanya membawa masuk Magic 2 yang memiliki RAM 8GB. Harga jualannya adalah seperti berikut:

  • RAM 8GB + storan 128GB – RM2,799
  • RAM 8GB + storan 256GB – RM3,199

Untuk perbandingan, harga jualannya di China adalah seperti berikut:

  • RAM 8GB + storan 128GB – RMB 4,299 (RM 2,581)
  • RAM 8GB + storan 256GB – RMB 4,799 (RM 2,881)

Perlu diingatkan yang ini adalah set import dan anda perlu jangkakan yang firmware-nya masih dalam bahasa China.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: honorhonor Magic 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
honor Magic 2 Kini Boleh Didapati Di Kedai Berhampiran Anda

honor Magic 2 Kini Boleh Didapati Di Kedai Berhampiran Anda

13 November 2018
Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

Tinggal puasa & belum bayar fidyah? Ini cara lunaskannya secara online mengikut negeri

15 March 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER