• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Jadikan gambar anda kepada sticker whatsapp dengan mudah

  • OLEH Najib
  • 8:07 pm
  • 14/11/2018
  • Komen
Jadikan gambar anda kepada sticker whatsapp dengan mudah
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp baru memperkenalkan fungsi baru yang dipanggil sticker bulan lepas. Ia adalah tambahan kepada penggunaan emoji dan animasi GIF semasa chat. Yang menariknya, anda boleh mencipta sticker sendiri secara percuma, menggunakan gambar anda sendiri, atau gambar rakan-rakan.

Kami menemui satu cara mudah untuk mencipta sendiri sticker Whatsapp secara percuma, di telefon pintar Android. Dengan menggunakan aplikasi Sticker Studio, yang dihasilkan oleh Sven van der Zee.



Cara menggunakannya sangat mudah. Mula-mula, muat turun aplikasi Sticker Studio dari Google Playstore. Selesai pemasangan, lancarkan aplikasi tersebut.

Kemudian tangkap gambar atau pilih mana-mana gambar dari galeri gambar anda. Selepas itu, gunakan jari anda untuk melukis garis untuk memotong gambar dan menjadikan latar lutsinar. Kalau guna peranti dengan pen digital seperti Galaxy Note lebih mudah.



Kemudian, dah siap!

Tetapi untuk memasukkan sticker buatan anda ke dalam WhatsApp, Sticker Studio memerlukan anda membuat sekurang-kurangnya tiga sticker dalam satu pack sebelum boleh dieksport. Aplikasi ini juga mengehadkan kepada 10 pek sticker sahaja, dengan maksimum 30 sticker di dalam satu pek.

Pastinya ini akan menambahkan kemeriahan anda berborak sesama rakan dan keluarga di dalam WhatsApp. Apatah lagi jika dijadikan meme untuk hiburan bersama. Tapi jangan sampai keterlaluan pula ya.

Sticker Studio ini sangat mudah digunakan, dan ia mengenakan paparan iklan untuk digunakan secara percuma. Lebih banyak fungsi dikatakan akan dimasukkan di masa hadapan seperti mengubah saiz dan menambah efek.

Anda boleh muat turun aplikasi Sticker Studio ini di Google Playstore. Cubalah dan selamat berborak di WhatsApp.

[Sumber: TheNextWeb]

Tags: Sticker StudioSticker WhatsAppwhatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Jadikan gambar anda kepada sticker whatsapp dengan mudah

Jadikan gambar anda kepada sticker whatsapp dengan mudah

14 November 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN