• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cara Timbangan Gula Anda Mungkin Berubah Tak Lama Lagi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:43 pm
  • 15/11/2018
  • Komen
Cara Timbangan Gula Anda Mungkin Berubah Tak Lama Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Tahukah anda yang tiada yang mutlak dalam dunia ini, sebaliknya relatif? Kita ambil contoh 1 kg Gula Prai. Kita tahu yang berat prai itu 1 kg, relatif kepada penimbang. Tapi bacaan 1 kg penimbang, relatif kepada apa? Terdapat seketul bongkah platinum yang tersimpan di Perancis. Ia menjadi tempat rujukan “mutlak” untuk melambangkan berat 1 kg dan semua instrumen penimbang di atas muka bumi ini “sebulat suara” menunjukkan tanda 1 kg jika bongkah piawaian itu ditimbang.

Bongkah piawaian 1 kg disimpan dalam keadaan hampagas



Tapi masalahnya, bongkah itu didapati tak cukup “multak” kerana saintis mendapati, walaupun dijaga rapi selama ratusan tahun, terdapat tanda-tanda bongkah itu tidak memiliki jisim seperti asalnya atas beberapa faktor. Antaranya adalah  seperti habuk melekat padanya dan juga atom daripada bongkah terlepas keluar.

Walaupun perubahannya sangatlah sedikit, ia tetap mempengaruhi bacaan penimbang, lebih-lebih lagi melibatkan jisim yang besar. Masalah ini sudahpun cuba diselesaikan sekian lama. Cuma antara tahun 2018 dan 2019, sejarah bakal tercipta apabila penyelesaian yang dicadangkan akan mula dikuatkuasakan.



Peristiwa bersejarah itu boleh disaksikan secara livestream di YouTube pada 16 November 2018, jam 6 petang waktu Malaysia. Jika semuanya berjalan lancar, satu-satunya ukuran yang masih menggunakan entiti fizikal iaitu berat, akan ditukarkan kepada sesuatu yang baru.

Secara ringkasnya, tak lama lagi, ukuran 1 kg tak lagi akan dirujuk pada sebongkah besi sebaliknya dirujuk pada Pemalar Planck (Planck Constant), konsep fizik yang diterbitkan untuk mengaitkan tenaga yang terkandung pada foton dengan frekuensinya.

Pengimbang Kibble akan digunakan untuk menentukan berat piawai 1 kg

Agak susah untuk memahami bagaimana 1 kg dikira menggunakan cara ini. Tapi beberapa manfaat yang bakal dibawanya berbanding sebelum ini adalah seperti:

  • lebih “mutlak” kerana jika bongkah piawaian musnah dalam kebakaran, manusia masih ada tempat rujukan kerana Planck Constant tiada dalam bentuk fizikal
  • lebih fleksibel kerana boleh mencari piawaian bukan saja untuk 1 kg, tapi apa-apa saja berat termasuklah berat atom.
  • proses tentu sah boleh dilakukan di mana-mana sahaja kerana tidak perlu menunggu giliran menggunakan bongkah piawaian.

Namun anda janganlah khuatir, ia bukanlah sesuatu yang akan mengubah kehidupan anda sebaliknya untuk memastikan hidup anda kekal seperti biasa.

Bongkah 1 kg pertama dunia selepas dipindahkan daripada bacaan berasaskan air

Ini bukanlah kali pertama piawaian 1 kg dikemas kini. Asalnya 1 kg merujuk pada berat 1 kubik desimeter air suling pada 0° Celsius. Piawaian itu ditetapkan pada tahun 1793.

Kemudian berat itu dipindahkan pada sebuah silinder platinum pada 1799. Pada 1889 pula, berat itu sekali lagi dipindahkan kepada objek yang baru iaitu bongkah aloi platinum iridium yang digunakan sebagai rujukan 1 kg sehingga hari ini.

[Sumber: The Guardian, gambar pemuka]

Tags: menarikpiawaiansains
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Cara Timbangan Gula Anda Mungkin Berubah Tak Lama Lagi

Cara Timbangan Gula Anda Mungkin Berubah Tak Lama Lagi

15 November 2018
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN