• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Gaming Chair Paling Futuristik Dipamerkan Di Axiata Arena

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:37 pm
  • 15/11/2018
  • Komen
Gaming Chair Paling Futuristik Dipamerkan Di Axiata Arena
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda ada berhampiran Axiata Arena, jangan lupa untuk singgah ke reruai Acer yang dibukab ersempena dengan KL Major DOTA 2 yang berlangsung bermula 16 November 2018 hingga 18 November 2018. Anda berpeluang untuk melihat satu produk unik daripada Acer yang diberi nama Predator Thronos Gaming Chair.

Ia adalah kokpit gaming terulung yang lengkap dengan segala yang diperlukan untuk gaming. Berbentuk seperti sebuah kapsul, anda boleh ber-gaming menerusi tiga monitor melengkung (XB271HU) bersaiz 27″ dengan resolusi WQHD (2560 × 1440) setiap satunya. Monitor itu memiliki kadar segar semula yang boleh di-overclock sehingga 165 Hz dan menyokong NVIDIA G-sync.



Yang mangagumkan adalah panel tempat gantungnya monitor dikuasakan pemegang hidraulik yang boleh dinaikkan untuk mendedahkan tempat duduk gaming yang selesa keluaran TT eSports. Ada tempat merehatkan tangan dan kaki untuk anda gunakan dan ia juga dikuasakan hidraulik untuk diturunkan pada sudut 140°.

Tapi sedikit kekurangan yang saya lihat adalah ketiadaan sistem audio yang padu. Acer patut mengambil peluang ini untuk melengkapkan “kubu gaming” ini dengan sistem pembesar suara segenap pelosok sebaliknya pemain perlu bergantung pada headfon mereka dengan kabel berjuntaian di bahagian belakang.



Predator Thronos dilengkapi sebuah dekstop Predator Orion 9000. Anda menerima komputer dengan spesifikasi berikut:

  • Intel Core i7 generasi 8
  • 2 GTX 1080 Ti Dalam Sambungan SLI
  • 256GB SSD + 2TB HDD

Ada turut terima tiga aksesori gaming daripada Predator iaitu:

  • Tetikus Cestus 500
  • Headfon Galea 300
  • Papan kekunci Flare

Hanya dua unit seumpamanya ditawarkan di Malaysia. Hal ini bermakana, ia adalah superekslusif. Harga jualannya adalah RM56,999 sebuah dan hadir dengan jaminan selama setahun.

Singgah ke Axiata Arena untuk mencuba Predator Thronos yang berada di sana sehingga 18 November 2018.

Tags: Aceracer predatoracer predator thronos
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Gaming Chair Paling Futuristik Dipamerkan Di Axiata Arena

Gaming Chair Paling Futuristik Dipamerkan Di Axiata Arena

15 November 2018
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN