• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MaxisONE Prime beri internet tanpa had untuk semua ahli keluarga di dalam dan luar rumah

  • OLEH Najib
  • 6:52 pm
  • 15/11/2018
  • Komen
MaxisONE Prime beri internet tanpa had untuk semua ahli keluarga di dalam dan luar rumah
Share on FacebookShare on Twitter

MaxisONE Prime merupakan satu pelan yang menggabungkan talian mudahalih dan talian tetap dengan internet tanpa had. Hari ini Maxis mengumumkan pembaharuan MaxisONE Prime yang menjadikannya lebih mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Maxis kini menawarkan pelan MaxisONE Prime untuk seisi keluarga, tidak terhad kepada satu pilihan pelan sahaja, tetapi kini boleh dipilih dari mana-mana Pelan MaxisONE (MOP) bermula dari RM98 sebulan, dan mana-mana pelan Home Fibre dari serendah RM89 sebulan.



Bermakna, dari serendah RM98+89 = RM187 sebulan, pelanggan boleh menikmati internet tanpa had di dalam dan di luar rumah. Bertambah menarik lagi, talian perkongsian RM48 sebulan juga akan menikmati data tanpa had ini.

Pelan MaxisONE datang bersama panggilan dan SMS tanpa had, iaitu:



  • MaxisONE Plan 98 (sehingga 1 talian perkongsian) – RM98
  • MaxisONE Plan 128 (sehingga 2 talian perkongsian) – RM128
  • MaxisONE Plan 158 (sehingga 3 talian perkongsian) – RM158
  • MaxisONE Plan 188 (sehingga 4 talian perkongsian) – RM188

Manakala pelan jalur lebar tetap di rumah yang boleh dipilih ialah:

  • Maxis Home Fibre 30 Mbps (tiada panggilan tanpa had) – RM89
  • Maxis Home Fibre 30 Mbps (dengan panggilan tanpa had) – RM99
  • Maxis Home Fibre 100 Mbps (dengan panggilan tanpa had) – RM129

Semua pelan Maxis Home Fibre juga dilengkapi talian sokongan 4G. Jika sambungan fiber mereka terganggu, ia akan secara automatik menyambung ke rangkaian 4G, memastikan sambungan internet yang berterusan di rumah.

Pelanggan MaxisONE Prime juga layak menikmati program FamilyRoam di mana ia memberikan data, panggilan dan SMS tanpa had percuma ke mana-mana negara ASEAN, untuk semua talian keluarga. Caranya, salah seorang dari ahli keluarga hanya perlu mengaktifkan pas MaxisONE World dengan bayaran RM38 sehari.

Selain itu, Maxis juga menyediakan pembelian peranti mudah alih yang terkini menerusi program Zerolution dan Zerolution360. Untuk waktu terhad, Maxis memberi diskaun sehingga 50% untuk pelbagai peranti di program Zerolution360 untuk pelanggan MaxisONE Prime, dengan pendaftaran baru pelan MaxisONE Plan 128 bersama talian perkongsian. Maxis juga menawarkannya bersama TV Ultra HD 4K serta Playstation 4 Pro.

Tawaran dari Maxis ini kelihatan lebih menarik dari apa yang TM tawarkan melalui pelan unifi di rumah dan unifi mobile. TM menawarkan pelanggan sedia ada mereka, seperti pelanggan Streamyx dan Unifi, diskaun RM40 untuk melanggan pelan tanpa had pascabayar unifi mobile. Dari harga asal RM139, menjadi RM99 sahaja sebulan.

Jika pelanggan unifi basic 30Mbps mendaftar pelan unifi mobile, mereka perlu membayar RM 79+99 = RM178. Itupun dengan kuota 60GB di rumah, manakala hotspot di unifi mobile pula hanya 10GB. Untuk internet tanpa had di rumah, perlu melanggan pelan unifi Lite 100Mbps, menjadikan kos kedua-dua pelan kepada RM 129+99 = RM228.

Kepada yang berminat untuk mendaftar pelan MaxisONE Prime, boleh mengunjungi mana-mana Pusat Maxis di seluruh negara, atau dengan melayari laman web www.maxis.com.my/prime. Hanya pilih pelan MaxisONE Plan bersama talian perkongsian jika perlu, dan pilih pelan Maxis Home Fibre.

Tags: maxisMaxisONE Prime
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
MaxisONE Prime beri internet tanpa had untuk semua ahli keluarga di dalam dan luar rumah

MaxisONE Prime beri internet tanpa had untuk semua ahli keluarga di dalam dan luar rumah

15 November 2018
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER