• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Raspberry Pi 3 Versi Lite Dilancarkan Dengan Harga Menarik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:58 pm
  • 15/11/2018
  • Komen
Raspberry Pi 3 Versi Lite Dilancarkan Dengan Harga Menarik
Share on FacebookShare on Twitter

Komputer papan tunggal Raspberry Pi adalah produk yang amat versatil. Menggunakannya anda boleh menghasilkan seribu satu macam penyelesaian. Kalau anda masih ingat, kami ada bangunkan sebuah pusat sehenti permainan retro menggunakan Pi 3 Model B+. Berita terbaru daripada pembangun Raspberry Pi adalah kini ada satu versi baru yang dipanggil Pi 3 Model A+.

Raspberry Pi 3 Model A+



Raspberry 3 Model B+

Menurut pembangunnya, ia mewarisi kebanyakkan manfaat daripada Pi 3 Model B+, lebih berkuasa daripada Pi Zero W pada harga yang lebih murah.



Pi 3 Model B+ kini dijual pada harga USD 35 (RM 147) manakala Pi 3 Model A+ memiliki tanda harga USD 25 (RM 105).

Beza antara kedua-dua papan adalah pada Model A+ terdapat beberapa komponen yang dibuang bagi memotong kos penghasilannya. Contohnya, daripada 4 port USB-A, ia kini menjadi 1 sahaja. Kemudian amaun RAM-nya turut dikurangkan sebanyak 50% menjadi 512MB.

Tapi lain-lain spesifikasi kekal seperti asal seperti:

  • CPU berkelajuan 1.4 Ghz
  • Wi-Fi 2.4 Ghz + 5.0 Ghz
  • Port HDMI
  • Jek audio
  • Input kuasa 5V/2.5A

Mengapa tidak hadir dengan Raspberry Pi 4? Pembangunnya turut memaklumkan yang papan ini sudah mencapai tahap yang paling optimum. Mereka sedang menunggu komponen silikon yang lebih maju dan masih dalam julat kos pembuatan.

[Sumber: Raspberry Pi]

Tags: raspberry piraspberry pi 3 a+
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Raspberry Pi 3 Versi Lite Dilancarkan Dengan Harga Menarik

Raspberry Pi 3 Versi Lite Dilancarkan Dengan Harga Menarik

15 November 2018
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN