• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CEO TM bertukar kali kedua tahun ini, pemangku meletak jawatan

  • OLEH Najib
  • 6:13 pm
  • 16/11/2018
  • Komen
CEO TM bertukar kali kedua tahun ini, pemangku meletak jawatan
Share on FacebookShare on Twitter

Belum sempat Telekom Malaysia (TM) melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baru, pemangkunya dilaporkan meletak jawatan. Kami baru menerima berita yang menyebut, Datuk Bazlan Osman yang memegang jawatan sebagai pemangku CEO TM, akan melepaskan jawatannya hari ini.

Jawatan pemangku CEO TM telah disandang oleh Datuk Bazlan sejak bulan Jun lepas, mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly. Sebagai Timbalan CEO TM ketika itu, beliau telah diangkat menjadi pemangku CEO TM serta-merta.



Datuk Bazlan juga telah memberi notis untuk melepaskan jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif berkuatkuasa 28 Februari 2019.

Datuk Bazlan (kiri) bersama Imri Mokhtar (kanan)



Tempat baru CEO TM akan diisi oleh Imri Mokhtar, yang turut berperanan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) TM. Beliau sebelum ini bertugas sebagai Naib Presiden unifi, yang bertanggunjawab memacu servis unifi untuk pengguna serta industri kecil dan sederhana (IKS) meliputi telefon, jalur lebar, mudah alih, TV, wifi dan servis nilai tambah.

Imri yang berusia 45 tahun, memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam strategi perniagaan dan pengurusan, dalam bindang komunikasi dan media. Beliau memulakan kerjaya di TM pada tahun 1996 kemudian menyertai firma konsultansi McKinsey & Company. Selepas itu beliau berkhidmat di Astro sebelum kembali menyertai TM pada tahun 2005.

Saham TM di Bursa Saham Kuala Lumpur menunjukkan penurunan yang sangat ketara tahun ini. Ia meningkat seketika apabila TM mengumumkan pelan baru unifi yang lebih laju dan murah, tetapi menurun semula dan mencecah tahap terendah pada hujung bulan lepas. Ia mungkin disebabkan sentimen pengguna yang rata-rata tidak berpuas hati dengan langkah yang dibuat TM berkenaan pelan baru unifi.

Semoga perubahan di TM ini akan memberikan kelebihan buat pengguna, di samping menjadikan TM membuat keuntungan semula.

 

Tags: CEO TMTM
Najib

Najib

POPULAR

CEO TM bertukar kali kedua tahun ini, pemangku meletak jawatan

CEO TM bertukar kali kedua tahun ini, pemangku meletak jawatan

16 November 2018
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN