• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

HTC U12 Life mula terima tempahan untuk jualan bulan ini

  • OLEH Najib
  • 5:15 pm
  • 16/11/2018
  • Komen
HTC U12 Life mula terima tempahan untuk jualan bulan ini
Share on FacebookShare on Twitter

Sayup-sayup kedengaran nama HTC dalam arena telefon pintar, tetapi mereka masih giat. Ini terbukti dengan pengumuman satu telefon pintar baru mereka untuk pasaran Malaysia. HTC U12 Life diumumkan akan dijual di Malaysia hujung bulan ini, dengan tempahan awal dibuka sekarang.

Kami menemui dari penjual Mobile 2 Go, mereka kini mengambil tempahan awal HTC U12 Life yang disertakan hadiah percuma berupa powerbank 10,000mAh, kit pengembaraan HTC dan tali lanyard. HTC U12 Life dijual pada harga RM1,399 dengan jaminan selama satu tahun oleh HTC Malaysia.



HTC U12 Life adalah telefon pintar kelas pertengahan yang dikuasakan cip pemproses Snapdragon 636 bersama RAM LPDDR4x sebanyak 4GB dan storan dalaman UFS2.1 sebesar 64GB. Ia menerima kad mikroSD untuk storan tambahan.

Skrinnya berukuran 6.0-inci dengan resolusi HD Penuh+, tanpa takuk di atas skrin. Bateri di dalamnya sebesar 3,600mAh dengan pengecas USB-C 5V2A.



Untuk kamera, ia dilengkapi lensa 13MP F2.0 di hadapan, dengan kamera dwi-lensa 16MP F2.0 + 5MP di belakang. Sistem operasi Android Oreo 8.1 digunakan bersama antaramuka HTC Sense UI di atasnya.

Rekaan HTC U12 Life agak unik kerana menggunakan dwi-tona kemasan glossy dan matte di belakang, seperti di Google Pixel. Manakala susunan dwi-kameranya yang menegak, kelihatan agak serupa dengan iPhone X. Dua warna pilihan iaitu Ungu dan Biru.

Jika berminat, anda boleh membuat tempahan awal HTC U12 Life selewat-lewatnya pada 26 November 2018, di mana-mana cawangan Mobile 2 Go dan terima hadiah percuma yang disebut tadi. Penghantaran bermula pada 27 November 2018.

Tags: HTCHTC U12 Life
Najib

Najib

POPULAR

HTC U12 Life mula terima tempahan untuk jualan bulan ini

HTC U12 Life mula terima tempahan untuk jualan bulan ini

16 November 2018
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN