• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ASUS mencabar Xiaomi dengan ZenFone Max Pro yang baru

  • OLEH Najib
  • 8:48 pm
  • 21/11/2018
  • Komen
ASUS mencabar Xiaomi dengan ZenFone Max Pro yang baru
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun ini, ASUS dilihat menghasilkan banyak telefon pintar yang memenuhi kehendak ramai pengguna. Pelbagai peranti ASUS memiliki prestasi tinggi yang sesuai dengan harga. Malah, ia memberi saingan sengit kepada Xiaomi yang terkenal dengan harga peranti yang murah tetapi berprestasi tinggi.

Salah satu model telefon ASUS yang popular ialah ZenFone Max Pro M1. Ia merupakan pesaing ketat buat Xiaomi Redmi Note 5, yang disebut-sebut sebagai raja telefon pintar kelas pertengahan, dengan bajet di bawah RM1,000.



Tidak lama lagi, ASUS akan melancarkan generasi kedua untuk telefon ZenFone Max Pro. Menerusi Facebook ASUS Indonesia, mereka memaklumkan akan ketibaan ZenFone Max Pro M2 pada 11 Disember 2018.

ZenFone Max Pro M2 yang baru nanti dikatakan memiliki kaca tahan lasak, bateri yang tahan lama, dan prestasi yang lebih tinggi. Agak melucukan apabila mereka turut berkongsi gambar Zenny, maskot ASUS berbentuk seekor burung, yang memijak seekor kucing sehingga menjerit MI-AAUUU! Ia boleh diibaratkan cabaran buat Xiaomi, atau turut dikenali sebagai Mi.



Lebih menarik lagi, ZenFone Max Pro M2 ini mungkin akan tiba di Malaysia pada tarikh yang sama. Ini kerana di Facebook ASUS Malaysia, mereka berkongsi sebuah gambar Zenny memasak nasi dengan logo karakter China, yang mempunyai sebutan Mi. Bersama gambar itu, mereka berkongsi tanda pagar #ZenFoneMaxProM2MY.

Gambar ini juga seperti satu lagi cabaran ASUS buat Xiaomi. Tetapi lebih penting lagi, ia petunjuk akan ketibaan ZenFone Max Pro M2 ke Malaysia, pada 11 Disember 2018.

Tiada maklumat lanjut berkenaan spesifikasi ZenFone Max Pro M2. Tetapi ia pastinya lebih baik dari ZenFone Max Pro M1 yang dikuasakan cip pemproses Snapdragon 636, RAM sehingga 4GB dan storan dalaman sehingga 64GB. Bateri ZenFone Pro Max M1 juga sangat besar, iaitu 5,000mAh tetapi sayang tidak datang bersama pengecas pantas.

Berapa tinggi lagi kuasa ZenFone Max Pro M2 nanti? Pesaing rapatnya, Redmi Note 6 Pro yang baru tiba di Malaysia memiliki spesifikasi yang sama seperti adiknya, Redmi Note 5 iaitu cip pemproses Snapdragon 636, RAM sehingga 4GB dan storan sehingga 64GB. Baterinya kekal sama 4,000mAh tetapi hanya kamera ditambah menjadi empat lensa, dua di depan dan dua di belakang.

Bagaimana pula dengan harga, adakah ia dapat dikekalkan seperti ZenFone Pro M1 yang dilancarkan pada harga RM699 (3GB+32GB), RM849 (4GB+64GB) dan RM999 (6GB+64GB). Kita tunggu ketibaan 11 Disember nanti.

Tags: asusZenFone Max Pro M2
Najib

Najib

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

Infobip Shift bakal debut di Asia, Kuala Lumpur jadi tuan rumah November ini

22 October 2025
ASUS mencabar Xiaomi dengan ZenFone Max Pro yang baru

ASUS mencabar Xiaomi dengan ZenFone Max Pro yang baru

21 November 2018
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER