• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Tawaran Spotify Premium, hanya RM2 untuk 3 bulan

  • OLEH Najib
  • 9:51 am
  • 21/11/2018
  • Komen
Tawaran Spotify Premium, hanya RM2 untuk 3 bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Spotify adalah servis penstriman muzik paling popular. Ia menawarkannya secara percuma dengan penggunaan terhad bersama iklan, serta akaun Premium berbayar tanpa iklan dengan lebih banyak kawalan.

Jika anda masih belum pernah menggunakan Spotify Premium, anda boleh mencubanya sekarang kerana Spotify kini mengadakan promosi akhir tahun. Dengan membayar RM2 sahaja, anda diberi akses penuh ke Spotify Premium selama 3 bulan.



Tawaran ini dibuka untuk pengguna yang belum pernah melanggan Spotify Premium, dari 16 November sehingga 31 Disember 2018. Selepas itu, jika anda berminat untuk meneruskan langganan, ia akan dicaj harga biasa RM14.90 sebulan.

Perlu diambil perhatian, untuk melanggan promosi RM2 3 bulan ini, hanya bayaran melalui kad debit/kredit sahaja yang diterima. Bayaran melalui bil ke talian telefon tidak dapat digunakan. Begitu juga dengan bayaran menggunakan kad prabayar dan kad hadiah Spotify.



Bagi bekas pelanggan Spotify Premium yang berhenti melanggan sebelum 16 Oktober 2018, Spotify menyediakan tawaran istimewa untuk melanggan semula. Hanya bayar RM14.90 dan anda boleh menikmati akaun Premium selama 3 bulan. Bayar sebulan, dapat 3 bulan.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi RM2, semak di sini. Bagi tawaran semula pelanggan lama, boleh rujuk syarat dan terma di sini.

Tags: SpotifySpotify Premium
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Tawaran Spotify Premium, hanya RM2 untuk 3 bulan

Tawaran Spotify Premium, hanya RM2 untuk 3 bulan

21 November 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN