• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

unifi mobile bagi Internet tanpa had percuma sempena Black Friday

  • OLEH Najib
  • 12:06 pm
  • 23/11/2018
  • Komen
unifi mobile bagi Internet tanpa had percuma sempena Black Friday
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini ialah hari Jumaat ke-4 dalam bulan November, di mana ia juga diraikan sebagai hari Black Friday. Banyak promosi ditawarkan sempena Black Friday ini yang diraikan sehingga hari Isnin Cyber Monday, bagi membuat persediaan ketibaan hari Natal tidak lama lagi.

TM nampaknya menyertai promosi hari ini dengan menawarkan internet LTE tanpa had selama sehari, kepada pengguna unifi mobile yang membeli pas tertentu. Promosi ini berjalan selama 4 hari, dari 23-26 November 2018.



Hanya 3 jenis pas yang terlibat dalam promosi 4 hari Black Friday Cyber Monday (BFCM) ini iaitu:

  1. BEBAS Weekly
  2. 4GB High Speed Data add-on
  3. 200 mins + 200 SMS

Pas BEBAS Weekly memberikan pengguna internet LTE tanpa had selama 7 hari. Dalam promosi 4 hari ini, pembeli pas BEBAS Weekly akan menerima tambahan sehari internet LTE tanpa had, selepas tamat pas BEBAS Weekly mereka. Beli 7 hari, dapat 8 hari.



Pas kedua ialah 4GB High Speed Data add-on, adalah pas data #kredittakmati yang tiada tempoh tamat. Bagaimanapun, kuotanya dipecah kepada dua, iaitu 2GB LTE sahaja dan 2GB lagi kegunaan 3G & LTE.

Pas ketiga, iaitu 200 mins + 200 SMS juga ialah pas #kredittakmati untuk panggilan dan SMS.

Dalam tempoh promosi ini, pengguna yang membeli pas kedua dan ketiga tadi akan menerima satu hari internet LTE tanpa had, dua hari selepas tarikh pembelian pas.

Contohnya, jika beli pas pada 24 November, maka 1 hari internet LTE tanpa had percuma akan diberi pada 26 November.

Pengguna boleh membeli pas yang sama berulang kali, dan internet LTE tanpa had percuma akan diberikan pada hari seterusnya. Jika beli 3 pas pada 25 November, akan dapat internet LTE tanpa had percuma pada 27, 28 dan 29 November.

Pembelian pas promosi di atas boleh dibuat menerusi aplikasi mobile@unifi. Selain dari menyemak di dalam aplikasi, pengguna juga akan dimaklumkan menerusi SMS.

Jika anda belum memiliki kad sim unifi mobile, boleh mendapatkannya secara percuma dengan mendaftar menerusi aplikasi mobile@unifi yang boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore. Pendaftaran kad sim baru unifi mobile turut akan menerima secara percuma, 2GB LTE bersama 10 minit panggilan dan 10 SMS.

Untuk maklumat lanjut, boleh semak ruang FAQ promosi BEBAS Black Friday Cyber Monday.

Tags: Black FridayTMUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
unifi mobile bagi Internet tanpa had percuma sempena Black Friday

unifi mobile bagi Internet tanpa had percuma sempena Black Friday

23 November 2018
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN