• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Diskaun RM300 untuk BlackBerry KEYone dan KEY2

  • OLEH Najib
  • 6:46 pm
  • 26/11/2018
  • Komen
Diskaun RM300 untuk BlackBerry KEYone dan KEY2
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat peranti BlackBerry atau yang mahu telefon pintar dengan papan kekunci fizikal, ini berita baik. Brightstar Malaysia selaku pengedar rasmi BlackBerry di Malaysia, mengumumkan diskaun untuk pembelian telefon pintar Blackberry KEYone dan KEY2.

Dari hari ini hingga 16 Disember 2018, stor rasmi BlackBerry di Shopee menawarkan sehingga RM300 potongan harga telefon pintar BlackBerry. Atau selagi stok masih ada.



BlackBerry KEYone Bronze Edition ditawarkan pada harga RM1,399 iaitu diskaun RM300 dari harga asalnya RM1,699. Ia adalah peranti yang dikuasakan cip pemproses Snapdragon 625, bersama RAM 4GB dan storan dalaman 64GB.

KEYone memiliki skrin 4.5-inci dengan resolusi 1620×1080. Kameranya lensa tunggal 12MP di belakang, dan 8MP di hadapan. Bateri pula 3,505mAh dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0 melalui USB-C.



BlackBerry KEY2 pula ditawarkan dengan harga RM2,299 sahaja, RM300 diskaun dari harga asal RM2,599. Lebih menarik lagi, ia disertakan hadiah percuma berupa set kepala Bluetooth Jabra BT2047.

KEY2 dikemaskini dengan lebih kuasa seperti cip pemproses Snapdragon 660, RAM sebanyak 6GB dan storan dalaman 64GB. Ia dimaklumkan sedia menerima kad mikroSD sehingga 256Gb di dalam slot hibrid, bermakna ia menyokong dwi-kad sim.

Skrin KEY2 masih sama seperti KEYone, 4.5-inci beresolusi 1620×1080. Kameranya pula dwi-lensa di belakang 12MP+12MP bersama lensa 8MP di hadapan. Bateri di dalamnya 3,500mAh dan menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0 melalui USB-C.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan BlackBerry KEYone dan KEY2 pada harga diskaun ini, boleh segera melayari Stor BlackBerry di Shopee sekarang. Promosi ini berlangsung sehingga 16 Disember 2018, atau selagi stok masih ada.

Tags: BlackBerryKey2KEYone
Najib

Najib

POPULAR

Diskaun RM300 untuk BlackBerry KEYone dan KEY2

Diskaun RM300 untuk BlackBerry KEYone dan KEY2

26 November 2018
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN