• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Unifi untuk perniagaan mula terima naik taraf kelajuan Turbo

  • OLEH Najib
  • 12:08 pm
  • 26/11/2018
  • Komen
Unifi untuk perniagaan mula terima naik taraf kelajuan Turbo
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa TM mengumumkan pelan baru unifi Turbo untuk pelanggan sedia ada, ia hanya diberikan kepada pengguna di rumah sahaja. Tiada penjelasan lanjut berkenaan naik taraf untuk pengguna unifi perniagaan atau unifi Business.

Tetapi baru-baru ini, ada pelanggan unifi Business yang menerima emel dari TM berkenaan naik taraf pelan unifi mereka. Lowyat.net melaporkan, ada pengguna perniagaan yang melanggan pelan unifi Business 30Mbps, dinaik taraf ke pelan 500Mbps.



Naik taraf ini nampaknya berbeza dengan pengguna di rumah, di mana pelanggan 30Mbps dinaiktaraf Turbo ke 300Mbps. Bagaimanapun, masih tiada kenyataan rasmi dari TM berkenaan naik taraf pelan unifi Business. Naik taraf Turbo ini mungkin hanya untuk pengguna unifi Business yang terpilih sahaja.

Pelan unifi Business yang masih terdapat di laman web unifi



Seperkara lagi, pengguna unifi di rumah yang menerima naik taraf unifi Turbo, tidak dikenakan bayaran tambahan. Mungkin pelaksanaan naik taraf yang sama dibuat untuk pengguna perniagaan, tiada kenaikan kadar bayaran bulanan.

Maxis telah pun menyelaraskan pelan perniagaan Maxis OneBusiness mereka, dengan menawarkan dua pelan iaitu ONEBusiness Fibre 30Mbps berkadar RM99 sebulan, dan ONEBusiness Fibre 100Mbps berkadar RM139 sebulan. Kelebihan pelan Maxis ini ialah sokongan internet wayarles jika terputus internet jalur lebar tetap, serta panggilan tempatan tanpa had untuk pelan 100Mbps.

Bagi TIME pula, mereka dilihat masih belum mengemaskini pelan untuk perniagaan. Masih kekal dengan pelan lama 20Mbps RM188/bulan, 50Mbps RM318/bulan dan 100Mbps RM348/bulan. Time memberikan RM500 panggilan percuma untuk pelan 50Mbps dan 100Mbps.

Adakah anda pengguna pelan unifi Business? Jika ya, sudahkah anda menerima naik taraf Turbo dan dikenakan sebarang perubahan untuk bayaran?

[Sumber: Lowyat.net]

Tags: Unifiunifi Bizunifi Business
Najib

Najib

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Unifi untuk perniagaan mula terima naik taraf kelajuan Turbo

Unifi untuk perniagaan mula terima naik taraf kelajuan Turbo

26 November 2018
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

Ryt PayLater: BNPL dari Ryt Bank dengan 0% faedah & ansuran hingga 12 bulan

25 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER