• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy S10 dengan Exynos 9820 ditemui berkuasa tinggi di Antutu

  • OLEH Najib
  • 4:54 pm
  • 28/11/2018
  • Komen
Galaxy S10 dengan Exynos 9820 ditemui berkuasa tinggi di Antutu
Share on FacebookShare on Twitter

Kita sudah banyak kali mendengar tentang Galaxy S10 akan dilancarkan oleh Samsung pada awal tahun depan. Malah, ura-ura juga sudah menyatakan peranti flagship Samsung ini akan dikuasakan cip pemproses terbaru, Exynos 9820.

Samsung sudah mengumumkan secara rasmi tentang cip Exynos 9820 tetapi sejauh manakah kehebatan prestasinya? Satu penemuan di laman web Antutu mungkin ada jawapannya.



Laman Antutu melaporkan, terdapat satu peranti telah diuji menggunakan aplikasi Antutu dengan kod nombor SM-G975F. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, SM-975 merujuk kepada salah satu model Galaxy S10, dipercayai adalah model Galaxy S10 Plus.

Yang menariknya, peranti ini mencatat markah sebanyak 325,076 di ujian Antutu. Ia jauh lebih tinggi dari markah yang diperoleh Kirin 980 di Huawei Mate 20 Pro, di mana Antutu mencatatkan puratanya 309,628 markah. Tetapi ia masih rendah dari markah tidak rasmi yang dikhabarkan milik Snapdragon 8150, iaitu 362,292 markah.



Dalam laporan tersebut, kita boleh melihat beberapa maklumat tentang peranti SM-G975F. Antaranya, ia menjalankan sistem operasi Android Pie 9.0, dikuaskaan cip Exynos 9820 bersama GPU Mali-G76, RAM sebanyak 6GB, storan dalaman 128GB serta resolusi skrin 2280×1080.

Satu perkara yang boleh diperkatakan ialah, resolusi 2280×1080 bermakna ia memiliki nisbah 19:9. Ini lebih panjang dari Galaxy S9, S9 Plus, serta Note9 yang memiliki nisbah skrin 18.5:9. Satu pengembangan buat Galaxy S10.

Apakah lagi pembaharuan yang akan dibawakan oleh Samsung di Galaxy S10 nanti? Kita nantikan lagi berita-berita yang akan muncul sebelum ia dilancarkan awal tahun hadapan.

[Sumber: Antutu]

Tags: Exynos 9820Galaxy S10samsung
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy S10 dengan Exynos 9820 ditemui berkuasa tinggi di Antutu

Galaxy S10 dengan Exynos 9820 ditemui berkuasa tinggi di Antutu

28 November 2018
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN