• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mah Sing jual rumah di Lazada dengan insentif sehingga RM30 ribu

  • OLEH Najib
  • 7:44 pm
  • 28/11/2018
  • Komen
Mah Sing jual rumah di Lazada dengan insentif sehingga RM30 ribu
Share on FacebookShare on Twitter

Beli rumah di internet bukan lagi suatu yang mustahil. Hari ini pemaju hartanah terkemuka di Malaysia, Mah Sing mengumumkan kerjasama dengan Lazada untuk membawa kemudahan pembelian rumah dalam talian, pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Ia juga sebahagian dari promosi 12.12 yang sedang dijalankan oleh Lazada.

Pembelian peruamahan Mah Sing di Lazada juga mempunyai kelebihan. Mah Sing memberi insentif sebanyak 5%, sekitar RM20,000 ke RM30,000 eksklusif hanya kepada pembeli di Lazada.



Stor Mah Sing di Lazada telah dibuka mulai hari ini. Manakala tempahan rumah Mah Sing di Lazada boleh dibuat antara 10 hingga 12 Disember 2018. Untuk memudahkan pengguna, tempahan ini boleh diletakkan di dalam Wishlist, atau terus ke dalam troli untuk dibeli pada tarikh jualan nanti.

Projek perumahan Mah Sing yang disenaraikan untuk pembelian di Lazada adalah:



  • Southville City, Bangi
  • M Centura, Sentul
  • M Vertica, Cheras
  • M Aruna, Rawang
  • M Vista, Bayan Lepas
  • Meridin East, Pasir Gudang

Bayaran sebanyak RM3,000 yang perlu dibuat di Lazada hanyalah untuk tempahan. Ia akan dikembalikan sepenuhnya jika pembeli membuat keputusan untuk tidak meneruskan pembelian mereka.

Bagi melicinkan proses pembelian, bakal pembeli digalakkan untuk berhubung dengan bank mereka untuk memeriksa kelayakan pinjaman sebelum membuat tempahan di Stor Mah Sing di Lazada. Selepas pemilihan unit, dokumentasi dan permohonan pinjaman dimuktamadkan, pembeli boleh menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) dan menjadi pemilik rumah baru.

Kepada yang berminat untuk membeli rumah Mah Sing di Lazada dan mendapatkan insentif 5% ini, boleh terus melawat Stor Mah Sing di Lazada dan menyimpan rumah pilihan ke dalam troli. Kemudian buat tempahan antara 10 hingga 12 Disember nanti.

Tags: LazadaMah Sing
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Mah Sing jual rumah di Lazada dengan insentif sehingga RM30 ribu

Mah Sing jual rumah di Lazada dengan insentif sehingga RM30 ribu

28 November 2018
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER