• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda Takkan Percaya Bertapa Kecilnya Gimbal Osmo Pocket Ini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:23 am
  • 29/11/2018
  • Komen
Anda Takkan Percaya Bertapa Kecilnya Gimbal Osmo Pocket Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini produk gimbal Osmo daripada DJI ada pendatang baru yang dinamakan Osmo Pocket. Ia adalah kamera yang dicantumkan bersama-sama gimbal tapi boleh dimuatkan dalam poket anda, tidak seperti Osmo+ yang agak besar dan lebih intrusif.

Bermula daripada atas, ia dikuasakan kamera mirip Mavic 2 Pro. Sensornya sebesar 1/2.3″ dengan resolusi 12MP. Lensanya ada sudut pandang seluas 80 darjah dengan bukaan apertur F2.0.



Ia diterjemahkan kepada jarak fokal 22mm relatif kepada kamera 35mm.

Keupayaan videografinya agak meh. Sungguhpun mampu merakam pada resolusi 4K sehingga 60fps, untuk resolusi yang lebih rendah, anda tak boleh pergi melebihi 60fps.



Untuk kamera secanggih ini, ia sepatutnya boleh pergi seihngga 120fps pada resolusi HD penuh, ataupun 240fps pada resolusi HD 720p. Saya yakin ia adalah had yang sengaja diletakkan untuk diberikan pada OSMO Pocket+ kelak.

Beralih pada gimbal, ia adalah sebuah gimbal yang lengkap. Kestabilan video disumbang dalam tiga paksi. Tapi pastinya anda ingin membandingkannya dengan HyperSmooth GoPro Hero 7.

Memang GoPro ada EIS paling hebat setakat ini, tapi dalam pencahayaan yang malap, ia adalah “sampah” tapi gimbal fizikal beroperasi tak kira masa.

Tanpa menghubungkan pada telefon, ia boleh dikawal melalui skrin sesentuh yang ada pada badannya.

Kesemua kelengkapan ini dikuasakan bateri 875 mAh tapi tak bole dikeluarkan. Bateri penuh memberikan waktu operasi sehingga 140 minit dengan kepantasan pengecasan 73 minit.

Ini adalah kekurangan yang mungkin memaksa anda beradaptasi dengannya bagi menikmati saiz yang superkompak:

  • Kamera sudut pandang sempit tak seperti kamera aksi
  • Tiada rakaman frame rate lebih tinggia daripada 60fps untuk slow-mo
  • Bateri kecil dan tak boleh ditanggal keluar
  • Tiada Wi-Fi, Bluetooth terbina tetapi perlukan aksesori tambahan
  • Lubang tripod dan jek audio boleh ditambah dengan aksesori tambahan

DJI Osmo Pocket dilancarkan pada harga USD 349 (RM 1,463). Bersama-samanya anda beroleh aksesori seperti:

  • Kabel USB-C
  • Beg kembara
  • Adapter Ligtning dan USB-C

Untuk memaksimumkan pengalaman Osmo Pocket, anda boleh beli Expansion Kit yang berharga USD 109 (RM 457) untuk beroleh:

  • Modul Roda kawalan × 1
  • Modul Wi-Fi × 1
  • Modul Aksesori × 1
  • Kad mikro-SD 32GB Samsung × 1
Tags: djidji osmodji osmo pocketgimbal
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Anda Takkan Percaya Bertapa Kecilnya Gimbal Osmo Pocket Ini

Anda Takkan Percaya Bertapa Kecilnya Gimbal Osmo Pocket Ini

29 November 2018
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER