• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Realme 2 Pro Tak Perlu Korbankan Spesifikasi Untuk Jadi Mampu Milik

  • OLEH Penaja
  • 5:40 pm
  • 30/11/2018
  • Komen
Realme 2 Pro Tak Perlu Korbankan Spesifikasi Untuk Jadi Mampu Milik
Share on FacebookShare on Twitter

Pesanan ikhlas daripada Realme Malaysia

Dalam suasana hidup yang kian mencabar, kita pasti akan cuba sedaya upaya untuk menjimatkan setiap hasil penat lelah kita. Menyedari tentang adanya golongan yang sentiasa memburu produk dengan nilai hebat, Realme ditubuhkan.



Ia satu jenama baru yang tertubuh bagi memberikan alternatif mampu milik kepada generasi ini. Mereka berfalsafah bahawa menghabiskan sebahagian besar hasil keringat sebuah telefon yang miliki tempoh relevan terhad adalah sesuatu yang tak munasabah lebih-lebih lagi dalam situasi semasa produk telefon yang sentiasa terus menolak tanda harga ke paras lebih tinggi.

Sebagai permulaan, mereka menghidangkan tiga buah produk yang miliki tanda harga mampu milik namun hadir dengan spesifikasi premium. Salah satu daripadanya adalah Realme 2 Pro.



Pertama kalinya diperkenalkan di Malaysia awal November 2018, produk Realme telahpun dijual macam pisang goreng panas seantero Asia Tenggara. Mana taknya, jenama setahun jagung ini memasuki gelanggang dan terus memintas gergasi-gergasi lain untuk jadi jenama paling hangat semasa festival beli belah Lazada 11.11.

Congratulations @RealmeIndonesia on becoming South East Asia’s best selling mobile phone brand in 11.11 sale on Lazada, the biggest annual sale event of SEA! pic.twitter.com/EjyPGY4PnF

— Realme (@realmemobiles) November 12, 2018

Di Malaysia saja, 2,500 unit Realme 2 Pro habis diedarkan dalam masa cuma 180 minit. Apa yang menariknya telefon ini sehinggakan jadi fenomena Asia Tenggara? Mari kita bedah telefon ini satu-persatu.

Spesifikasi Asas Yang Mantap

Realme memperkenalkan tiga buah telefon di Malaysia iaitu Realme 2 Pro, Realme 2 dan Realmi C1. 2 Pro adalah telefon paling mahal dalam kalangan trio itu tapi semahal-mahalnya, tanda harga yang ada padanya cumalah RM 849. Tahukah anda yang ia adalah telefon dengan RAM 8GB paling murah yang boleh anda dapati di Malaysia buat masa ini?

Ia diterjemahkan kepada pengalaman multitasking yang lancar, lebih-lebih lagi dengan kehadiran cip pemproses berkuasa tinggi daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 660. Dengan gandingan itu, walaupun anda seorang pengguna kasual, anda boleh beri keyakinan sepenuhnya pada Realme 2 Pro untuk menggalas tugasan bermain games bila-bila anda ingin mengisi masa lapang.

Paparan Bingkai Nipis Dengan Notch Tak Intrusif

Di dalam tangan, ia terasa seperti memegang telefon 5.5″ walhal paparannya adalah 6.3″ hasil daripada kejituan kejuruteraan yang berjaya meminimumkan bingkai paparan sekelilingnya. Dipandang dari depan, paparannya meliputi 90.8% badannya dan selebihnya barulah bingkainya.

Pada bahagian muka, anda menikmati segala kandungan video melalui paparan beresolusi 2340 x 1080 FHD+ yang dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 3 untuk tingkatkan rintangannya pada calar dan retak. Notch yang minimum hadir di bahagian dahi agar tak menganggu anda menonton video kegemaran anda.

Kamera Berkuasa AI Mampu Mempercantik Wajah Anda

Untuk spesifikasi kamera, Realme 2 Pro diberikan konfigurasi dwikamera belakang dan eka kamera depan. Oleh sebab ia diperkasa CPU dengan teknologi kecerdasan buatan (AI), kedua-dua kamera depan dan belakang boleh mempercantik wajah subjek dan juga mensimulasikan kesan bokeh seakan-akan diambil menggunakan kamera DSLR.

Kamera belakang Realme 2 Pro ada kamera 16MP dan 2MP masing-masing dengan bukaan apertur F1.7 dan F2.4 manakala kamera depannya pula dilengkapi kamera 16MP F2.0.

Sistem Operasi ColorOS Yang Intuitif

Bagi mengawal selia komponen-komponen premium yang terpateri dalam badan Realme 2 Pro, sistem operasi ColorOS 5.2 yang menyaduri Android 8.1 Oreo digunakan.

Sejumlah ciri unik untuk memudahkan penggunaan seharian anda yang disuntik pada ColorOS adalah seperti:

  1. Easy Screenshot: Gunakan tiga jari untuk melakukan screenshot ataupun screenshot versi panjang.
  2. Clone Phone: Pindahkan segala data daripada telefon lama ke Realme dengan hanya mengimbas kod QR khas.
  3. ORoaming: Kemudahan eSIM disediakan jika anda tak mahu gunakan SIM tempatan.

Kapasiti Bateri Besar Berikan Waktu Guna Yang Panjang

Melengkapi telefon ini adalah bateri sebesar 3,500mAh untuk kuasakan segala kelengkapan elektronik yang dimilikinya. Satu set pengecas dengan konfigurasi 5V 2A disedikan bersama-sama telefon.

Berapa Maharnya?

Tatkala produk pengeluar lain mendaki dalam tanda harga, pengguna pastinya merasa resah kerana kurangnya pilihan yang ada. Mujurlah Realme muncul untuk jadi penyelamat untuk pengguna yang berada dalam kategori mampu milik ini.

Realme 2 Pro hadir dalam beberapa konfigurasi dan harga. Ini adalah varian 2 Pro yang boleh anda dapatkan di Malaysia adalah:

  • Realme 2 Pro (RAM 4GB + storan 64GB) – RM849
  • Realme 2 Pro (RAM 6GB + storan 64GB) – RM949
  • Realme 2 Pro (RAM 8GB + storan 128GB) – RM1,099

Anda boleh dapatkan produk Realme di Shopee ataupun di mana-mana 500 kedai fizikal bertauliah di seluruh negara.

Tags: penajaRealmeRealme 2 Pro
Penaja

Penaja

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Realme 2 Pro Tak Perlu Korbankan Spesifikasi Untuk Jadi Mampu Milik

Realme 2 Pro Tak Perlu Korbankan Spesifikasi Untuk Jadi Mampu Milik

30 November 2018
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER