• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dah dapat unifi turbo tapi masih rasa lembab? Jika ya, anda boleh tukar modem percuma

  • OLEH Najib
  • 10:44 am
  • 03/12/2018
  • Komen
Dah dapat unifi turbo tapi masih rasa lembab? Jika ya, anda boleh tukar modem percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan naiktaraf turbo, pengguna unifi akan menikmati kelajuan dia antara 100Mbps sehingga 800Mbps. Naiktaraf turbo memberi sehingga 10 kali ganda kelajuan dari yang sedia ada.

Unifi anda dah menerima naiktaraf turbo, tetapi anda masih tidak kelajuan turbo yang sepatutnya? Usah risau, Telekom Malaysia (TM) ada cara mudah untuk memeriksa sama anda perlu menukar perkakas.



Beberapa perkara perlu disemak untuk memastikan kelajuan maksima boleh dinikmati. Antaranya jenis kabel, wifi, modem dan router. Kabel dan wifi mungkin anda boleh ganti sendiri, tetapi modem dan router disediakan oleh TM.

Untuk menikmati kelajuan melebihi 300Mbps, anda perlu menggunakan router yang menyokong WiFi dwi-band 2.4GHz & 5GHz, serta LAN Gigabit. Untuk peranti anda pula, WiFi 5GHz bersama sokongan Multiple-In-Multiple-Out (MIMO) banyak membantu.



Tambah TM lagi, modem (BTU) anda juga mungkin dari model yang lama dan anda boleh menerima penukaran secara percuma. Anda boleh semak jika anda layak menerima penukaran modem di sini.

Untuk menyemak, anda perlu mendaftar masuk ke akaun unifi selfcare. Jika belum ada, ia boleh didaftar menggunakan nombor kad pengenalan dan nombor telefon unifi anda.

Jika modem anda perlu ditukar, anda akan diminta memberikan maklumat peribadi untuk dihubungi TM untuk membuat temujanji. Untuk maklumat lanjut, boleh semak di laman web unifi hardware checker.

Jika anda pengguna unifi yang masih belum menerima naiktaraf turbo, anda boleh semak status pemasangannya di sini.

Tags: TMUnifi
Najib

Najib

POPULAR

Dah dapat unifi turbo tapi masih rasa lembab? Jika ya, anda boleh tukar modem percuma

Dah dapat unifi turbo tapi masih rasa lembab? Jika ya, anda boleh tukar modem percuma

3 December 2018
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN