• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google buang dua aplikasi popular ini kerana menipu pengguna

  • OLEH Najib
  • 7:22 pm
  • 04/12/2018
  • Komen
Google buang dua aplikasi popular ini kerana menipu pengguna
Share on FacebookShare on Twitter

Google hari ini telah mengambil tindakan terhadap dua aplikasi yang dilaporkan menipu pengguna, dengan memasukkan iklan yang bertindak di luar kebenaran pengguna. Dua aplikasi tersebut adalah CM File Manager dari Cheetah Mobile dan Kika Keyboard dari Kika Tech.

Dalam siasatan yang dijalankan, Google telah menemui kedua-dua aplikasi ini mengandungi kod yang boleh digunakan untuk menjalankan penipuan iklan menggunakan pelbagai teknik. Ia bertentangan dengan polisi Google Play, yang tidak membenarkan kelakuan aplikasi yang cuba mengaburi mata dan berniat jahat.



Menurut syarikat analisa aplikasi AppBrain, aplikasi CM File Manager telah dimuat turun lebih dari 50 juta kali. Manakala Kika Keyboard pula lebih dari 100 juta kali muat turun.

Cheetah Mobile memberi kenyataan berkenaan perkara ini bahawa, mereka tiada kawalan terhadap platform iklan pihak ketiga yang digunakan di dalam aplikasi terlibat. Mereka juga tidak terlibat secara langsung terhadap penipuan yang dikesan.



Kika Tech pula mengatakan tuduhan tersebut tidak berasas dan kesal dengan pihak yang membuat tuduhan berkenaan.

Bagaimanapun, siasatan yang dijalankan Google menemui kod tersebut tidak melibatkan platform pihak ketiga, sebaliknya merupakan kod yang digunakan sendiri oleh pembangun aplikasi berkenaan.

Dua aplikasi ini adalah sebahagian dari 8 aplikasi yang dilaporkan oleh Kochava, pihak yang mula-mula menemui penipuan iklan di dalam aplikasi tersebut. Mereka menghantar laporan tersebut kepada Google untuk siasatan lanjut.

Selain CM File Manager dan Kika Keyboard, enam lagi aplikasi yang dilaporkan oleh Kochava ialah Clean Master, Security Master, CM Launcher 3D, Battery Doctor, Cheetah Keyboard, dan CM Locker. Kesemua 6 aplikasi ini dibangunkan oleh Cheetah Mobile.

Kepada pengguna Android, anda disyorkan untuk membuang aplikasi yang dimaklumkan di atas untuk mengelakkan dari terus ditipu.

[Sumber: TheNextWeb, BuzzFeed]

Tags: androidCheetah MobileGoogleKika Keyboard
Najib

Najib

POPULAR

Google buang dua aplikasi popular ini kerana menipu pengguna

Google buang dua aplikasi popular ini kerana menipu pengguna

4 December 2018
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER