• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Biru Laut warna baru Realme 2 Pro, diskaun RM100 pada 12.12

  • OLEH Najib
  • 8:23 pm
  • 06/12/2018
  • Komen
Biru Laut warna baru Realme 2 Pro, diskaun RM100 pada 12.12
Share on FacebookShare on Twitter

Anda terlepas untuk mendapatkan telefon pintar Realme 2 Pro dengan diskaun RM100 semasa jualan 11.11 yang lepas? Usah risau, ia akan kembali lagi sempena jualan 12.12 yang akan tiba minggu hadapan.

Di samping itu, Realme Malaysia turut mengumumkan warna ketiga untuk Realme 2 Pro, Biru Laut turut boleh dibeli pada 12.12 nanti, menyertai warna Hitam dan Biru Tasik yang telah dijual sebelum ini.



Jualan Realme 2 Pro dengan diskaun ini boleh didapati hanya di Stor Rasmi Realme di Shopee, pada 12 Disember 2018 sahaja. Terdapat tiga variasi Realme 2 Pro dan harga jualannya selepas diskaun pada 12.12 nanti ialah:

  • Realme 2 Pro (RAM 4GB + storan 64GB) – RM849  RM799
  • Realme 2 Pro (RAM 6GB + storan 64GB) – RM949 RM899
  • Realme 2 Pro (RAM 8GB + storan 128GB) – RM1,099 RM999

Variasi terhebat, RAM 8GB dan storan 128GB adalah pilihan terbaik bagi peranti di bawah RM1,000. Dengan kuasa dalaman diperkasa oleh cip Snapdragon 660, ia juga memiliki prestasi yang lebih dari pesaing lain dalam julat harga ini.



Paparan Realme 2 Pro menggunakan IPS LCF sebesar 6.3-inci dengan resolusi HD Penuh+. Ia memiliki takuk titisan air yang sangat kecil, ruang untuk menempatkan kamera hadapan.

Kameranya menggunakan dwi-lensa 16MP+2MP di belakang, berasma lensa 16MP di hadapan. Bateri di dalam pula berkapasiti 3,500mAh, tanpa pengecasan pantas dan dicas melalui port mikroUSB.

Antara perkara menarik di Realme 2 Pro adalah sokongan tiga slot kad, dua untuk kad sim nano dan satu untuk kad mikroSD. Tidak perlu mengorbankan satu kad sim bagi menggunakan kad mikroSD.

Sebagai adik kepada OPPO, Realme 2 Pro menggunakan sistem operasi ColorOS 5.2 berasaskan Android 8.1 Oreo. Mahu kenalinya dengan lebih lanjut? Teruskan bacaan kelebihan Realme 2 Pro di sini.

Jangan lupa untuk menyimpan syiling Shopee banyak-banyak, atau mendapatkan baucar diskaun Shopee untuk digunakan pada jualan 12.12 nanti.

Tags: RealmeRealme 2 ProShopee
Najib

Najib

POPULAR

Biru Laut warna baru Realme 2 Pro, diskaun RM100 pada 12.12

Biru Laut warna baru Realme 2 Pro, diskaun RM100 pada 12.12

6 December 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN