fbpx

Internet Maxis hilang di tengah malam

Ramai pengguna Maxis di dapati hilang arah tujuan apabila sambungan internet ditemui mati sebelum tengah malam tadi. Sudah pasti ramai yang marah tentang hal ini, terutama pemain game seperti Mobile Legends dan PUBG.

Media sosial di Malaysia dibanjiri dengan pertanyaan dan amarah pengguna, yang tidak dapat berhubung ke internet.

Nasib baik, hanya internet yang hilang. Panggilan dan SMS masih boleh digunakan.

Sehingga waktu ini, Maxis masih belum memberi respon dan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Kami akan melaporkan sebarang kemas kini jika ada balasan dari Maxis tentang apa yang terjadi.

KEMASKINI: Maxis melaporkan gangguan di beberapa kawasan seluruh negara.

Kami sedang mengalami gangguan perkhidmatan di beberapa kawasan di seluruh negara. Jurutera kami sedang berusaha menyelesaikannya sekarang. Kami telah mengamati pemulihan perkhidmatan secara beransur-ansur di beberapa kawasan dan akan menyediakan kemas kini selanjutnya secepat mungkin. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan.

Sesetengah pelanggan kami mungkin telah mengalami masalah rangkaian akibat gangguan teknikal. Kami ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan telah dibaikpulih sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kami akan terus memantau keadaan dan memastikan kestabilan rangkaian. Bagi mereka yang masih tidak dapat berhubung ke Internet, sila padam dan pasang semula telefon anda atau pastikan data anda disambungkan. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang terlibat.

BACA  AirAsia Bakal Tutup Semua Pusat Panggilan Sebelum 2020