• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Aplikasi Ibadat jadi pusat sehenti rujukan ibadah Muslimin

  • OLEH Najib
  • 7:44 pm
  • 12/12/2018
  • Komen
Aplikasi Ibadat jadi pusat sehenti rujukan ibadah Muslimin
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi membantu penganut beragama Islam menunaikan ibadat dengan lebih mudah, Digi hari ini melancarkan aplikasi Ibadat. Ia adalah satu aplikasi setempat untuk menunaikan ibadah dengan mudah, melalui fungsi-fungsi seperti paparan waktu solat, serta petunjuk arah kiblat yang tepat.

Aplikasi ini terbuka kepada semua, tidak terhad kepada pelanggan Digi sahaja. Ia boleh dimuat turun di Google Playstore sekarang, dan akan tersedia di Apple Appstore tidak lama lagi.



Antara fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Ibadat ialah seperti teks Al-Quran, notifikasi azan, senarai masjid berdekatan, kompas kiblat dan banyak lagi.

Pengguna boleh mendapat akses ke fungsi premium dengan melanggannya dari serendah 50sen seminggu, atau RM1.50 sebulan. Fungsi premium tersebut antaranya ialah koleksi doa, kalendar Islam termasuk hari cuti, kalkulator zakat, pedoman harian, waktu sahur dan berbuka bulan Ramadhan dan banyak lagi.



Khas di bulan haji iaitu Zulhijjah, pengguna Ibadat boleh menyaksikan secara langsung pergerakan jemaah haji di Mekah dan Madinah, terus dari dalam aplikasi sendiri. Pengguna juga boleh memuat turun pelbagai koleksi kandungan Islamik seperti gambar dan animasi video.

Sedikit sebanyak, aplikasi Ibadat ini memberikan fungsi yang hampir sama dengan aplikasi Muslim Pro, yang dikatakan sebagai aplikasi Islamik paling popular.

Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi Ibadat dan perkhidmatannya, kunjungi digi.my/ibadat.

Tags: digiIbadat
Najib

Najib

POPULAR

Aplikasi Ibadat jadi pusat sehenti rujukan ibadah Muslimin

Aplikasi Ibadat jadi pusat sehenti rujukan ibadah Muslimin

12 December 2018
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN