• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Beli 1 internet tanpa had, percuma lagi 1 di unifi mobile sempena 12.12

  • OLEH Najib
  • 10:47 am
  • 12/12/2018
  • Komen
Beli 1 internet tanpa had, percuma lagi 1 di unifi mobile sempena 12.12
Share on FacebookShare on Twitter

Selama 24 jam sahaja sempena jualan 12.12, TM mengumumkan tawaran istimewa untuk pengguna unifi mobile. Pembelian pas tanpa had harian dan mingguan, akan menerima satu lagi pas yang sama percuma.

Tawaran ini dibuka dari jam 12 tenfah kalam tadi, sehingga pukul 11.59 tengah malam ini, pada 12 Disember 2018 sahaja. Ia terbuka kepada semua pengguna prabayar unifi mobile.



Untuk mendapatkannya, pengguna hanya perlu membeli pas harian Bebas Daily atau pas mingguan Bebas Weekly, dan akan menerima tambah satu lagi pas yang sama.

Pas Bebas Daily berharga RM5, memberikan pengguna internet tanpa had untuk rangkaian LTE selama 24 jam. Manakala pas Bebas Weekly pula selama 7 hari dengan harga RM20.



Menurut TM, pembelian pas Bebas Daily hari ini pada 12 Disember, akan menerima pas Bebas Daily percuma pada 14 Disember. Manakala pembelian pas Bebas Weekly hari ini, akan menerima pas Bebas Weekly percuma pada 20 Disember.

Pelan ini boleh dibeli menerusi aplikasi mobile@unifi. Pastikan baki mencukupi di dalam akaun terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Jika tak cukup, tambah nilai juga boleh dibuat di dalam aplikasi. Pengguna akan menerima SMS memaklumkan pemberian pas percuma telah diberikan.

Jangan terlepas untuk mendapatkan pas percuma ini. Hanya hari ini sahaja, pada 12 Disember 2018. Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini, boleh merujuk FAQ Promosi 12.12 unifi mobile #BEBAS.

Tags: TMUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Beli 1 internet tanpa had, percuma lagi 1 di unifi mobile sempena 12.12

Beli 1 internet tanpa had, percuma lagi 1 di unifi mobile sempena 12.12

12 December 2018
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN