• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Malaysia perbaiki kedudukan kadar mampu milik internet dunia

  • OLEH Najib
  • 2:59 pm
  • 13/12/2018
  • Komen
Malaysia perlu akta berita palsu kerana ia tidak wujud dalam undang-undang Malaysia

Business People hangout together at coffee shop

Share on FacebookShare on Twitter

Tidak salah untuk mengatakan harga internet di Malaysia lebih murah berbanding negara lain, terutama tahun ini. Ia disahkan sendiri oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), dalam Laporan Mengukur Masyarakat Berinformasi (MIS) 2018, yang baru dibentangkan di Simposium Penunjuk Telekomunikasi/ICT Dunia yang ke-16 di Geneva.

Dalam laporan MIS 2018 ini, Malaysia naik 6 tangga dari tempat ke-41 ke tangga 35 dalam kategori harga jalur tetap. Bagi kategori mudah alih prabayar pula, Malaysia melompat tinggi sebanyak 25 tangga, dari 61 ke 36.



https://twitter.com/SKMM_MCMC/status/1072855668980236288

ITU membuat tinjauan di dalam laporan ini bukan semata-mata mengikut harga pelan dan kelajuannya sahaja, tetapi membandingkan dengan Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita. Maknanya, mengikut kemampuan rakyat berdasarkan pendapatan mereka di negara tersebut.



Tambah ITU lagi, inilah kali pertama lebih dari separuh populasi dunia menggunakan internet sehingga hujung tahun 2018. Laporan penuh MIS 2018 oleh ITU boleh dimuat turun di sini.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Al-Ishsal Ishak menyatakan, kerajaan sangat komited bagi memastikan tiada siapa yang ketinggalan mendapatkan internet. Di Malaysia, kini terdapat 87% pengguna internet dan 118% kadar penembusan jalur lebar di Malaysia. Usaha meningkatkan akses dan liputan sekaligus dengan harga rendah bermakna, lebih ramai rakyat boleh mengakses internet dan mengubah kehidupan mereka menerusi penggunaan ICT.

ITU juga menyebut, persaingan sengit terus berlaku di Malaysia. Ia boleh dilihat di mana bahagian pasaran tiga operator terbesar iaitu Celcom, Digi dan Maxis, menurun dari 78.2% pada 2016 ke 74.2% pada 2017. Pemberi perkhidmatan dilihat semakin agresif dengan menawarkan lebih banyak data pada harga lebih rendah. Harga telefon pintar yang lebih mampu milik turut menyumbang kepada perkembangan ini.

Pengenalan Standard Mandatori Harga Akses (MSAP) tahun ini, mengakibatkan harga jalur lebar semakin menurun, Pengguna dapat menikmati antara 34% hingga 56% pengurangan dalam pakej jalur lebar baharu yang ditawarkan.

Tambah Ishsal lagi, SKMM akan memantau dan menguatkuasakan dengan tegas, kualiti perkhidmatan MSAP. Pelan Fiberisasi dan Keterhubungan Kebangsaan (NFCP) yang sedang dilaksanakan, adalah pendekatan banyak cabang untuk meningkatkan liputan dan memberi kelajuan untuk menyokong Ekonomi Digital Malaysia.

Jalur lebar tetap dah terima reformasi melalui MSAP. Lepas ni boleh reformasikan pula jalur lebar mudah alih, terutama dari segi liputan. Walaupun kedudukan Malaysia semakin baik dalam laporan ini, masih ada banyak ruang untuk dipertingkatkan bagi meluaskan lagi perkhidmatan internet ke seluruh Malaysia.

[Sumber: SKMM]

Tags: SKMM
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Malaysia perlu akta berita palsu kerana ia tidak wujud dalam undang-undang Malaysia

Malaysia perbaiki kedudukan kadar mampu milik internet dunia

13 December 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER