• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan Value pascabayar unifi mobile sangat murah dari RM19 sebulan

  • OLEH Najib
  • 12:43 pm
  • 13/12/2018
  • Komen
Pelan Value pascabayar unifi mobile sangat murah dari RM19 sebulan
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini Telekom Malaysia (TM) mengumumkan khabar baik tentang unifi mobile. Mereka kini menawarkan pelan pascabayar unifi mobile dari serendah RM19 sebulan. Ia diletakkan di dalam kategori pelan Value, tambahan kepada pelan Ultimate tanpa had yang sedia ada.

Semua pelan Value ini datang dengan kuota data dipecah dua, antara LTE dan 3G. Tetapi hanya 1GB data 3G diberikan, dengan kuota data LTE berbeza mengikut jenis pelan. Jumlah minit panggilan percuma juga berlainan tetapi hanya 25 SMS percuma diberikan untuk semua pelan.



Pelan termurah ialah unifi Mobile 19, dengan komitmen RM19 sebulan. Ia datang bersama 1GB kuota LTE, 1GB kuota 3G, 5 minit panggilan dan 25 SMS.

Seterusnya unifi Mobile 29, dengan komitmen RM29 sebulan. Data LTE sebanyak 2GB dan data 3G 1GB disertakan dengan 50 minit panggilan dan 25 SMS.



Pelan unifi Mobile 39 berharga RM39 sebulan pula, menyediakan 4GB data LTE dan 1GB data 3G. 50 minit panggilan dan 25 SMS percuma diberikan bersama.

Pelan termahal dalam kategori Value ini ialah unifi Mobile 59, dengan komitmen bulanan RM59. Ia datang dengan 9GB data LTE, 1GB data 3G, 100 minit panggilan dan 25 SMS.

Untuk pendaftaran semua pelan ini, ia memerlukan deposit sebanyak RM50 kecuali untuk pelan unifi Mobile 59, yang memerlukan deposit sebanyak RM100.

Seperkara lagi, pendaftaran perayauan di luar negara memerlukan deposit sebanyak RM300. Ia akan dipulangkan selepas pengguna menamatkan talian. Langkah ini agak ketinggalan kerana kebanyakan talian lain tidak lagi mengenakan sebarang deposit untuk mengaktifkan khidmat perayauan di luar negara.

Data, panggilan atau SMS tidak mencukupi? TM turut menyediakan add-ons dari serendah RM13 untuk 1GB data asas, sehingga RM30 untuk 4GB data. 200 minit panggilan dan 200 SMS pula boleh ditambah dengan membayar RM30, dan 60 minit panggilan dan 60 SMS pula RM10.

Jika anda mahu mendapatkan pelan tanpa had, anda boleh melanggan pelan Ultimate unifi Mobile 99. Hanya perlu membayar RM99 sebulan untuk menggunakan internet, panggilan dan SMS tanpa had. Tetapi hotspot dihadkan ke 10GB sahaja sebulan.

Pendaftaran mana-mana pelan unifi Mobile boleh dibuat menerusi laman web unifi.com.my, cawangan TM Point, TM Reseller serta pengedar sah TM. unifi Mobile turut menerima port-in dari talian lain, dan boleh dipohon dalam talian di sini, atau di mana-mana lokasi yang disebut tadi.

Seperkara lagi, semua harga yang disebut tadi tidak termasuk 6% cukai servis. Sebagai pelanggan pascabayar, memang kena bayarlah cukai ini.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web unifi Mobile Postpaid.

Tags: TMUnifiUnifi mobile
Najib

Najib

POPULAR

Pelan Value pascabayar unifi mobile sangat murah dari RM19 sebulan

Pelan Value pascabayar unifi mobile sangat murah dari RM19 sebulan

13 December 2018
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN